Categories: DahsyatViral

Walau Ditentang, Penduduk Palu Tetap Bunuh Ayam Untuk Puja ‘Penjaga Laut’ Lepas Tsunami

Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Meskipun dapat kecaman hebat daripada golongan ilmuan agama dan macam-macam pertubuhan Islam di Sulawesi Tengah, tak menyangka masih ada masyarakat di sana nak meneruskan amalan bunuh ayam bagi tujuan pemujaan di pantai Talise. Aduhai…

Menurut Berita Harian, amalan syirik dan berbentuk pujaan terhadap ‘penjaga laut’ tu masih berlaku walaupun lepas gempa bumi dan tsunami melanda kota tu pada 28 September lalu.

Sumber: Facebook

 

Baca jampi serapah dan menari beramai-ramai

Golongan pendakwah dan pusat pengembangan Islam kat sana jugak kesal sangat dengan upacara adat kuno yang babitkan pembunuhan kejam haiwan terutamanya ayam dan kambing.

Malah upacara ni juga dulu dilakukan pada Festival Palu Nomini sejak 3 tahun lepas yang diketuai dukun lama. Jampi serapah akan dibaca masa upacara tu selain dari tarian beramai-ramai kepada yang terlibat. Uishh macam-macam!

 

Penduduk tak percaya bencana datang sebab perbuatan syirik 

Menurut seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, dia percaya istiadat syirik ni masih diteruskan penduduk di sana lepas penemuan ratusan bangkai ayam sepanjang pantai Talise, lepas 3 hari tsunami melanda kota tu. Aduh dari bunuh ayam macam tu baik buat bekalan makanan!

Lebih kronik apabila penduduk Palu sebenarnya tak percaya bahawa bencana yang timpa kota tersebut adalah bala yang didatangkan Allah SWT atas perbuatan syirik mereka.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda,” katanya.

 

Ramai pengujung pesta dihanyutkan ombak tsunami

Perkara ni bertambah rumit apabila dengarnya upacara ni mendapat restu daripada pihak pemerintah. Hujan lebat dan angin kencang yang menimpa Palu pada tahun 2016 dan 2017 langsung tak diendahkan dan mereka tetap anjurkan pesta ini secara besar-besaran.

“Ramai pengunjung pesta itu turut dihanyutkan ombak tsunami yang turut memusnahkan khemah serta tapak upacara berkenaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Tambah Ustaz Abdullah Ibnu Hamid,

Perut bumi Palu kini sudah mengamuk apabila Tuhan mula mendatangkan bencana terhadap dosa besar syirik dilakukan. Bertaubatlah segera selagi punya kesempatan.”

Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Harap-harap perkara macam ni tak berlaku di Malaysia.

Baca: “700 orang terkubur hidup-hidup” – Lelaki Ini Kongsi Suasana Hiba Keadaan Di Palu Yang Ditenggelami Lumpur

Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Share
Published by
Syaida Ismail
Tags: agamaalamAllahayambacabalabangkaibantuanbekalanbencanabesarbuangbunuhdarahdidatangditentanggempagempa bumiharapanindonesiajampikecamkhurafatkroniklakukanlautlelemakananmasjidnamunnominipalupantaipembunuhanpemujaanpendakwahpendudukpenjaga lautperbuatanperkarapestapujasalahsanggupserangserapahsulawesisyiriktahaptaliseTeruktimpatrageditsunami

Recent Posts

  • Global
  • Inspirasi

“Crikey mate!” – Mengenang Steve Irwin, Ini Lima Fakta Menarik Tentang ‘Pawang Buaya Australia’

Sebut je nama Steve Irwin, tentu kita semua dah terbayang susuk seorang lelaki berambut perang lengkap berbaju safari. Keramahan dan…

4 hours ago
  • Global
  • Kesihatan

“Daripada Jadi Wabak, Blok Je Terus Senang” – Pinterest Melangkaui Facebook dan Google Perangi Dakyah Antivaksin

Penularan fahaman tidak tepat tentang anti-vaksin ni dah macam wabak dah sebenarnya. Sampaikan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri beri amaran…

11 hours ago
  • Lawak
  • Viral

Mungkin Bosan Sangat Di Udara, Jurulatih Pilot Ini ‘Ukir Ayat’ Beritahu Dia Bosan Buat Netizen Kagum Dengan ‘Skill’ Dia

Semua jenis profession pasti akan ada part yang agak membosankan, biarpun kerja juruterbang yang banyak travel tu. Kalau terbang lama-lama pasti akan membosankan.…

1 day ago
  • Hiburan
  • Selebriti

Sudirman 27 Tahun Dalam Kenangan, Ini 14 Gambar Menarik Penghibur Legend Negara Pada Zaman Kegemilangannya

Sudirman Hj Arshad adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian dan hiburan Malaysia. Beliau boleh dikatakan antara penghibur…

1 day ago
  • Dahsyat
  • Viral

“Tak rapat pun” – Hadapi Depression, Rakan Tiba-Tiba Mesej Nak ‘Pinjam’ Gambar Toreh Tangan Wanita Ni Nak Bagi BF

Sebagai seorang sahabat, kita sepatutnya bimbing mereka jika mereka sedang mengalami masalah dalam hidup bukan jadikan masalah dia itu sebagai…

1 day ago
  • Inspirasi
  • Sedih

“Subhanallah..tak boleh nak bayang sedih sangat”- Tindakan Lelaki Ini Bonceng Motor 5 Sekeluarga Sejauh 230km Buat Netizen Sebak Sebab…

Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja…

1 day ago