in

“Wake up gift” – Hotel Penginapan Pemain & Staff Selangor FC Dikejutkan Dengan Bunga Api Jam 3 Pagi?

Selangor Fc Bunga Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi adat perlawanan dalam sukan untuk ‘berperang’ secara psikologi.

Terbaru tular sebuah video di Twitter apabila seorang staff pasukan bola sepak Selangor memuat naik IG Story yang memaparkan ada pihak yang bermain bunga api pada jam 3 pagi sehingga mengganggu pemain serta staff Selangor FC.


Dalam perkongsian yang diambil dari Instagram Hazwan Khair yang difahamkan merupakan salah seorang staff Selangor FC itu, dia mendakwa tidurnya tergganggu dengan dentuman bunga api itu namun menganggap ianya sebagai ‘alarm clock‘ yang bagus.

Difahamkan, perkara itu berlaku di hotel tempat penginapan mereka, lebih mengeruhkan keadaan, disebabkan mereka berada di tingkat 10 hotel tersebut, bunyi dentuman lebih kuat dan jelas.

Pun begitu, setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi dari pihak Selangor FC berkenaan perang psikologi ini.

Sebelum ini, menerusi laporan Berita Harian, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar beliau di SSI dengan ‘scoreboard’ di stadium berkenaan memaparkan keputusan JDT menewaskan Selangor 5-0.

Justeru, Cheng Hoe menganggap ia sebagai perang psikologi lawan menjelang aksi penting dan perkara terbabit adalah biasa dalam bola sepak.

Baca: Kes ‘Royal Rumble’ Antara Penyokong Perak & Selangor, PDRM Tahan 4 Individu Terlibat

Ft Stadium Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.