in

Wajah Atlet Olimpik Uzbekistan Mirip Shaheizy Sam, Reaksi Pelakon Ini Buat Ramai Terhibur

Samolimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Temasya sukan terbesar dunia, sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo sekarang ini merupakan acara yang menjadi tumpuan seluruh dunia dan sudah pastinya kita sendiri kerana penyertaan atlet negara kita dalam beberapa acara seperti badminton, renang, memanah dan lain-lain.


Jika semalam aksi spontan atlet terjun, Pandalela menjadi sebutan ramai, rupa-rupanya ada lagi satu kejadian menghiburkan dan menarik perhatian ramai melibatkan seorang atlet angkat berat dari Uzbekistan.

Capture 3 1

Apa yang membuatkan ianya ‘kecoh’ adalah tindakan dan reaksi pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam selepas beliau sendiri yang memuatnaik video latihan atlet Uzbekistan bernama Adkhamjon Ergashev berkenaan yang memiliki wajah mirip sepertinya.

Saya terpaksa rahsiakan pada awak @samtilla Maafkan saya MALAYSIA.
Takda sapa patut tau yg saya merentas negeri. MITI tak bagi surat..

Dengan berseloroh, Sam telah memuat naik video tersebut di Instagramnya sambil meletakkan kapsyen seolah-olah beliau telah merahsiakan ‘kerjaya’ beliau sebagai seorang atlet professional daripada pengetahuan isterinya sambil memohon maaf kerana merentas negeri tanpa kebenaran MITI.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Video dengan kapsyen bergurau Sam tersebut sehingga kini telah mendapat lebih dari 700 ribu tontonan dan hampir 3 ribu komen yang diterima daripada peminat dan tidak kurang juga dari beberapa rakan artis yang lain.

Cats 42

Selain itu, komen-komen dari peminat beliau juga turut terhibur dan mengakui yang wajah atlet tersebut saling tak tumpah dengan Sam sendiri. Tengoklah sendiri reaksi sebahagian dari komen-komen di IG pelakon tersebut ini.

Sss

Memang kelakar lah Sam ni, min pun turut terhibur sama! Lepas ni mungkin boleh panggil Adkhamjon ni sebagai cameo ni. Jadi kembar Sam!

Baca : “That’s very Malaysian” – [Video] ‘Footage’ Pandalela Dikatakan Tersebut B*bi Buat Ramai Terhibur

Pandalela11

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.