in

COMEL! Adik Ini ‘Curi Curi’ Bersihkan Surau Kerana Rindu. Tak Dapat Ke Surau Sejak Pelaksaan PKP

Dd 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, pelbagai aktiviti sosial yang tidak dapat dijalankan termasuk aktiviti ibadah di masjid dan di lain-lain rumah agama.



Mungkin ada segelintir umat Islam khususnya yang tidak dapat menunaikan solat di masjid dapat menggunakan peluang ini untuk berjemaah bersama keluarga.

Namun, tidak dapat dinafikan apabila ada juga yang sangat merindukan suasana beribadah di masjid mahupun di surau.

Begitulah yang dirasai oleh kanak-kanak berumur 7 tahun, Muhammad Asrafil Naufal Mohd Rafi yang meminta ayahnya untuk dibawa ke surau di kawasan kediaman mereka.

D 1 2

Menerusi laporan Berita Harian, sebelum PKP lagi adik Naufal sudah biasa dibawa ke surau. Bapanya, Mohd Rafi Ali berkata, dia sudah mula membawa anaknya ke surau sejak umur 2 tahun.

Sebelum ini, adik Naufal bukan sahaja solat berjemaah di surau malah dia rajin untuk mengemas kawasan surau sehingga diberi gelaran ‘siak cilik’.

Baru-baru ini bapanya memaklumkan dia merengek untuk ke surau kerana bimbang dengan keadaan surau yang tidak terurus biarpun tidak dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah.

Kemudian, bapanya pun membawa anaknya ke surau dan setelah sekian lama, dia dapat melepaskan rindu dengan membersihkan Surau AlHijrah di Bandar Springhill, Port Dickson.

“Dia secara sukarela bertindak seperti ‘siak’ membersihkan sekitar kawasan dalam surau, menyapu dan membuang sampah atau mengelap habuk di seluruh kawasan surau”

D1 1 5

 

Kanak-kanak contoh – Timbalan Pengerusi Surau

Timbalan Pengerusi Surau AlHijrah, Abdul Fatah Zakaria, berkata adik Naufal ini adalah kanak-kanak contoh kerana rajin ke surau dan membuat kerja amal tanpa disuruh.

“Sejak kecil dia datang ke surau ini lengkap berserban dan boleh melaungkan azan jika tiada bilal tetapi paling istimewa, dia sanggup buat kerja ‘siak’ tanpa disuruh,”

 

Baca: “Kelam kabut budak tu”- Anak Kena ‘Prank’ Dengan Bapa Dalam Kereta, Konon Ada Polis Kat Depan

Ddd 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.