Macam biasalah, menjelang je hujung tahun, mesti musim cuti persekolahan pun akan tiba kan? Hah masa tu mesti korang dah ada macam-macam plan untuk anak-anak dan keluarga.
Baru-baru ni, satu perkongsian seorang ibu di laman Twitter mengenai aktiviti yang dilakukan oleh tiga orang anaknya semasa cuti sekolah.
https://twitter.com/suhanamdaud/status/1213739414435663879?s=20
Mungkin aktiviti yang dilakukan itu agak berbeza dengan kanak-kanak seusianya yang lain, namun min rasa ia merupakan suatu perkara yang bagus di mana anak-anak kecil juga sudah mendedahkan minat mereka akan perkara sebegini. Orang dewasa pun belum tentu berjaya buat tau.
Stop Motion Movie
Jadi, menurut perkongsian @Suhanamdaud, aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya itu adalah merupakan stop motion movie.
Bagi yang tidak tahu teknik stop motion ni apa, hah sini min kongsi sikit.
Stop motion adalah suatu teknik animasi untuk membuat objek yang dimanipulasi secara fizikal agar kelihatan bergerak sendiri. Setiap pergerakan dari objek tersebut di ambil gambar (frame individual), sehingga menciptakan ilusi pergerakan ketika rangkaian frame dimainkan secara berurutan”
Oleh yang demikian, projek anak-anak Suhana semasa cuti sekolah adalah membuat stop motion berdasarkan movie ghostbusters.
Menurutnya juga gambar yang ditangkap bagi menyiapkan keseluruhan movie yang hanya berdurasi 2 minit 44 saat ini adalah lebih 1500 keping gambar.

Perkakasan yang dibekalkan kepada anak mereka adalah cuma Iphone 5s lama miliknya dan tiga orang beradik ini bersama-sama menyiapkan projek yang telah mereka mulakan.
Projek ini mengambil masa selama dua minggu untuk di siapkan. Dari proses mengambil gambar, voice over (VO), dan juga editing.
Namun bagi admin hasil daripada projek yang dilakukan oleh anak-anak ini sangat bagus. Dari kecil lagi mereka dah menunjukkan minat terhadap stop motion aktiviti. Mana tahu nanti bila dah besar jadi pakar dalam bidang ni. InshaAllah.

