in

“VS reject kilang tu murah gila” -Victoria’s SecretMY Tampil Bagi Menjelaskan Pasal Isu Produk Reject Dari Kilang?

Feature Image Vs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je jenama Victoria’s Secret (VS) mesti sudah tidak asing lagi terutamanya bagi kaum wanita.


Ini disebabkan oleh kerana  ia mengeluarkan pakaian dalam, pakaian wanita, pakaian renang, kasut, wangian dan produk kecantikan, dan solekan.

Victorias Secret 1
Gambar hiasan

Tapi, kecoh di laman Twitter mengenai ada pihak menjual produk ini dengan harga yang boleh di katakan sangat murah dan jauh berbeza daripada produk yang berada di kedai.

Ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menipu pengguna dengan menawarkan potongan harga yang murah dan mengatakan produk itu sebenarnya barang reject daripada kilang. Eh betul ke?

Enmvuktucaexp6S
Sumber: twitter

Pihak yang menjual minyak wangi ini menawarkan harga jauh lebih murah daripada harga sebenar. Jika hendak dibandingkan dengan harga yang di label oleh VS sendiri, korang pun boleh bezakan ia original atau tidak.

Na
Sumber: instagram

Namun begitu, seorang pengguna Twitter telah menujukan soalan kepada VS Malaysia mengenai barangan reject dari kilang seperti yang digembar-gemburkan oleh penjual di luar sana.

Menurut pertanyaan oleh @Umairaharis di ruangan komen laman Instagram VS, dia ada bertanya mengenai kesahihan produk reject dari kilang.

“Betul ke 3rd party boleh dapatkan barang reject dari kilang lepas tu mereka jual balik? Dekat twitter tengah hangat ramai yang jual VS “reject kilang” dengan harga tersangat la murah, antara RM15-RM35 sebotol.”

“Saya sebagai pengguna takut terpedaya. Harap dapat pencerahan.” Umairah

Namun begitu, soalannya itu tidak hanya dibiarkan oleh team VS. Mereka memberi penjelasan seperti yang di tanya oleh gadis itu.

Pihak VS menafikan bahawa tiada sebarang produk reject yang diberikan kepada seisapa untuk dijual. Tambahnya lagi, mereka menyarankan hanya dapatkan produk dari mana-mana kedai VS berdekatan sahaja.

Enlvkasucae0Lda
Sumber: twitter

Alamak, min pun perasan juga ramai yang jual produk VS ni dengan harga murah. Ish rupa-rupanya memang tak original lah kan? 

 

Baca: Rumah Pelakon Drama Terkenal Kena Serbu, Jadi ‘Port’ Jual Produk Kosmetik Tak Berdaftar Dengan KKM!

Asdfgh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.