in

vivo V27e Tampil Dengan Ciri ‘Aura Light Potrait’, Janjikan Hasil Fotografi Terbaik Waktu Malam

Vivo V27E

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

vivo kini kembali dengan siri V terbaharu iaitu vivo V27e yang menampilkan rekaan estetik dengan keupayaan imej luar biasa. Kini peranti pertengahan ini sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia.


Apa yang menarik tentang vivo V27e, pihak vivo telah menambah baik beberapa ciri untuk siri kali ini seperti sistem kamera, bagi membantu pengguna merakam momen istimewa yang lebih memukau.

Dengan rekaan ringan dan bergaya, vivo V27e menggabungkan fungsi dengan gaya untuk pengguna yang mencari pengalaman fotografi menyeluruh yang lebih baik.

334536399 510727841140945 5604558418280332529 N

1. Gambar potret malam lebih jelas

Siri terbaharu vivo kali ini menampilkan sistem kamera yang lebih berprestasi berbanding siri sebelumnya. vivo V27e dilengkapi dengan kamera hadapan 32MP yang menghasilkan gambar swafoto lebih jelas dan terperinci seperti poster.

Pada bahagian belakang telefon pintar ini disediakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP dan turut menempatkan lampu LED Aura Light Potrait yang menjanjikan gambar potret semula jadi.

2. Rakam video lebih cerah dan dinamik

Selain fungsi kamera, dapat merakam video yang lebih cerah, dinamik dan terperinci juga menjadi idaman buat semua pengguna dan ciri-ciri ada dalam siri ini.

Tambahan pula, ciri Vlog Movie Creator membolehkan pengguna mengedit video dengan mudah. Sangat sesuai untuk mereka ingin mencapai impian sebagai seorang pencipta kandungan di media sosial.

327605956 1255062915088771 3633496550310140360 N

3. Warna peranti yang cukup elegan

Setiap warna vivo V27e menawarkan pengalaman visual yang berbeza. Peranti ini menampilkan kemasan belakang yang artistik dan elegan.

  • Lavender Purple (corak inspirasi bulu burung merak)
  • Glory Black (corak sutera)

4. Spesifikasi terbaik untuk kegunaan harian

Telefon ini memperagakan skrin AMOLED sebesar 6.62” pada resolusi FHD+ bersama-sama kadar segar semula panel yang digunakannya iaitu 120Hz.

Kecerahan maksimum skrinnya pula boleh mencapai pada 1300 nits yang mana boleh digunakan dengan selesa walaupun di bawah terik matahari.

Di dalamnya pula disediakan cipset MediaTek Helio G99 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Turut disediakan RAM maya yang boleh ditambah dari storannya sebanyak 8GB.

Untuk baterinya pula, telefon pintar ini hadir dengan kapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan sehingga 66W. Menurut vivo, sokongan ini membolehkan ia dicaskan sehingga separuh kapasiti dalam tempoh 18 minit sahaja.

Bagi yang berminat, vivo V27e boleh didapati pada harga bermula RM1,299 di semua kedai konsep vivo ataupun beli secara online di Shopee, Lazada dan TikTok.

Picture1

Jika membuat pembelian bermula 4 Mac sehingga 3 April ini, akan mendapat tawaran hadiah eksklusif bernilai RM666 termasuk:

  • Tag pintar bernilai RM69
  • Pembesar suara Bluetooth bernilai RM99
  • Waranti lanjutan setahun dan perlindungan skrin satu tahun

Boleh layari laman rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sumber: vivo
Sumber: vivo
Sumber: vivo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.