in

RM15 Ribu Untuk Dimenangi Dalam Cabaran TikTok #vivoX70PhotographyRedefined

Vivo Malaysia 2

Sempena pelancaran vivo X70 series, vivo dan Digi telah mengadakan kerjasama untuk membawakan keceriaan kepada semua rakyat Malaysia melalui satu cabaran di Tiktok. Cabaran yang dinamakan #vivoX70PhotographyRedefined tersebut berlangsung dari 16 sehingga 30 Oktober.

Cabaran TikTok tersebut difahamkan menawarkan hadiah sehingga RM15 ribu untuk dimenangi!

Seperti yang di ketahui, vivo X Series ini memang menarik perhatian ramai dengan kebolehan fotografi professional selain turut dilengkapi dengan perisian pengimejan mudah alih premium dan keupayaan perkakasan, seperti sistem kamera yang telah direka bersama dengan ZEISS, menghasilkan pengalaman fotografi yang intuitif bagi pengguna untuk memanfaatkan potensi mereka dan meneroka banyak estetika visual baru.

Vivo 4

Difahamkan, keseluruhan barisan siri vivo X70 dilengkapi dengan lensa yang diperakui sesuai dengan lapisan ZEISS T *, tiga ciri ZEISS Style Portrait yang canggih selain kesan Biotar, teknologi Gimbal Stabilization 3.0 dan banyak lagi.

Cara Sertai Cabaran TikTok

Vivo

Peserta boleh menyertai peraduan dengan mengikuti langkah mudah berikut:

Langkah 1: Lancarkan Aplikasi TikTok dan pergi ke halaman ‘Discover’
Langkah 2: Cari #vivoX70PhotographyRedefined dan tentukan mod yang anda mahu sertai (Mod Gimbal atau Malam), sebelum merakam video anda.
Langkah 3: Publish entri anda di TikTok dan sertakan hashtag #vivoX70PhotographyRedefined # vivoX70 # vivoX70Pro #vivoMalaysia, #digibelia dan jangan lupa untuk tag @vivo_malaysia dan @digitelco
Langkah 4: Pastikan video TikTok anda ditetapkan kepada Umum
Langkah 5: Like dan ikuti halaman Facebook dan Instagram rasmi vivo. Pemenang akan diumumkan di platform berkenaan.

Vivo 3

Pengumuman dan Hadiah Pemenang

Pemenang utama akan menerima satu unit vivo X70 Pro (bernilai RM3,299), pemenang kedua akan menerima sebuah TWS 2 ANC (bernilai RM369) manakala pemenang ketiga bakal menerima sebuah TWS 2e (bernilai RM269). 

Vivo 2

Selain itu, 7 hadiah saguhati turut disediakan dengan kesemuanya akan menerima merchandise rasmi vivo.

Difahamkan, setiap peserta juga bakal menerima e-baucer bernilai RM20 dan juga Pakej Khas BELIA daripada Digi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan terma dan syaratnya, sila lawati laman web vivo. Sila kunjungi Halaman Facebook Rasmi vivo Malaysia dan e-kedai vivo Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai tawaran menarik. .

Sumber: vivo
Sumber: vivo
Sumber: vivo
Sumber: vivo