in

vivo Lancar Cabaran ‘Give It a Shot’, Bantu Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan

Vivo Take A Shot Challenge 2

Ketika ini sedang berlangsungnya Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang menyaksikan sebanyak 32 buah negara berentap bagi merebut kejuaraan kejohanan bola sepak berprestij itu.

Tidak mahu ketinggalan dalam acara yang gah tersebut, vivo Malaysia yang menjadi satu-satunya penaja rasmi bagi kejohanan tersebut, dalam kategori industri telefon pintar.

Bukan itu sahaja, mereka turut melancarkan ‘vivo Give It a Shot Challenge’ sebagai inisiatif untuk galakkan rakyat Malaysia dengan berkongsi semangat bola sepak dan dalam masa sama boleh membantu golongan yang memerlukan dengan memuat naik video sepakan bola paling kreatif.

Give It A Shot Poster Final

Sesuai dengan visi FIFA yang ingin menjadikan sukan bola sepak sebagai sukan global, pelbagai dan inklusif yang memberikan manfaat seluruh dunia, vivo Malaysia ingin turut serta sebagai memangkin perubahan dengan menghulurkan tangan untuk menyokong belia Malaysia.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat daripada 5.6% pada 2019 kepada 8.4% pada 2020, manakala isi rumah miskin pula meningkat daripada 405,400 kepada 639,800 dalam tempoh yang sama.

Ketika seluruh dunia ‘dilanda’ musim Piala Dunia dengan penuh semangat dan keterujaan, vivo Malaysia berharap setiap belia akan berpeluang untuk memenuhi keperluan mereka dan mengejar impian mereka, walaupun melalui permainan kegemaran mereka iaitu bola sepak.

Justeru, bermula daripada 21 November lalu sehingga 18 Disember 2022, cabaran ‘vivo Give It A Shot‘ membuka peluang pada seluruh rakyat Malaysia untuk mempamerkan skil serta berkongsi kemeriahan acara FIFA tersebut ke seluruh dunia sambil menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Cabaran tersebut memerlukan peserta untuk memuat naik video menyepak bola dengan cara paling kreatif dan setiap video yang dimuat naik, vivo akan sumbangkan RM1 kepada World Vision Malaysia.

Cara Sertai ‘vivo Give It A Shot Challenge’

Untuk sertai ‘vivo Give It A Shot Challenge’ ni, boleh ikuti langkah berikut :

Step 1 : Rekod video anda menyepak bola

Step 2 : Muat naik video berkenaan di mana-mana media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) dengan hashtag #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA, pastikan akaun diset kepada ‘public’.

Step 3 : Tagkan 2 orang rakan di ruangan kapsyen untuk sertai.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Rasmi vivo Malaysia.