in

Viral! Rider Ambil Gambar Bukti Bungkusan Dah Diterima, Pelanggan Siap Posing Gaya Model

Ft Posmen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak bila order barang, tetiba abang delivery tu nak ambil gambar? Sekarang ni beberapa syarikat kurier tetapkan syarat untuk penerima mengambil gambar bersama parcel sebagai bukti barangan sudah diterima.


Biasalah tu kalau nak ambil barang depan rumah mesti semua pakai sarung je apa yang ada kan?

Tapi lain pula ceritanya di Filipina ni. Abang ‘posmen’ mereka bukan sahaja perlu hantar barang, tapi kena buat extra job ambil gambar customer yang posing ala-ala model tu.

 

Capture 1 4

Hah bukan main kau!

Menerusi perkongsian di  Facebook, wanita itu memuat naik beberapa keping gambar pelanggan bergaya sakan bersama barangan yang diterima mereka.

Capture 3 20

Tak cukup dengan itu, seorang pelanggan dilihat turut berhias dengan mengenakan pakaian yang menarik disamping turut mengenakan solekan bagi menambahkan seri wajahnya.

Pelanggan tersebut turut berposing sakan untuk gambar pembuktian itu.

Capture 2 5

Walaupun sekadar gambar pembuktian, tidak dinafikan hasil tangkapan abang ‘posmen’ ni boleh tahan juga cantiknya.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat customer yang sakan berposing walaupun sambil pegang parcel di tangan!

Abang ‘posmen’ dah boleh ambil side job lepas ni, alang-alang nak kerenah customer yang macam-macam ni!

 

Baca : Video : Pekerja Kurier Lempar Bungkusan Dengan Membabi Buta Untuk Bekerja Lebih Cepat Kerana Banyak Order

Capture 7 3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.