in

Undang-undang Baharu UAE, Benarkan Pasangan Belum Berkahwin Tinggal Serumah

Uae9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan undang-undang di United Arab Emirates (UAE) adalah berlandaskan hukum shariah. Namun baru-baru ini kerajaan mereka telah menggubal undang-undang baharu sebagai usaha untuk menarik pelancong asing dan pelabur.

Antara undang-undang yang digubal adalah berkaitan dengan lesen meminum arak, pasangan lain jantina dilarang tinggal serumah dan bunuh diri.


 

Minum arak dibenarkan

Sesiapa yang minum atau memiliki alkohol, dan menjual alkohol di kawasan yang dibenarkan tanpa lesen tidak akan diambil tindakan undang-undang dengan syarat sudah 21 tahun ke atas.

Sesiapa yang menjual kepada individu bawah umur pula akan dikenakan hukuman.

Bagaimanapun, pengambilan alkohol hanya boleh dilakukan di lokasi tertutup atau lokasi awam yang berlesen. (Dahulu, mereka memerlukan lesen untuk memiliki dan membeli arak)

 

Pasangan belum berkahwin boleh bersekedudukan

Jika mengikut undang-undang yang sebelumnya, pasangan tiada ikatan sah mahupun rakan serumah berlainan jantina tidak boleh tinggal sekali.

Kini pasangan yang tiada ikatan sah boleh tinggal serumah.

Uae2
An emirati couple taking a walk in dubai

Pengumuman dasar baharu itu diumumkan Sabtu lalu di mana ia dilaksanakan bagi memastikan bahawa undang-undang UAE memenuhi keperluan berbeza dari semua latar belakang, agama dan warganegara memandangkan individu dari hampir 200 negara menetap di UAE. – Harian Metro

 

Bunuh diri bukan satu kesalahan

Sebelum ini, perbuatan bunuh diri atau individu yang mencuba bunuh diri dianggap melakukan kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan. (Bagaimanapun sehingga kini tiada pendakwaan pernah dibuat) Sekarang bunuh diri bukan lagi satu kesalahan.

Selain itu, mereka yang mencuba bunuh diri akan mendapat sokongan kesihatan mental.

Bagaimanapun, sesiapa yang membantu individu lain bunuh diri akan menghadapi hukuman penjara.

UAE menggubal undang-undang baharu ini untuk menjadikan UAE sebagai jenama global untuk menarik pelancong dan pelabur.

Ini kerana 90% daripada 10 juta penduduk di UAE adalah warga asing khususnya dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Arab yang lain.

Agak-agak berkesan ke strategi dorang?

 

Baca : Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara

Uae

Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.