Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pemuda dari Jawa tengah, Indonesia menjadi ‘popular’ selepas menawarkan pakej lengkap perkhidmatan ‘teman’ untuk menyambut tahun baru khusus buat golongan single.
Dia yang dikenali sebagai Khoirul Anam itu mengakui promosi ‘unik’ yang dijalankan olehnya itu berjaya tular sehingga mendapat ribuan mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Apa yang lebih mengujakan, lelaki itu siap gigih untuk membuat dua buah sepanduk bagi mempromosikan pakej tersebut kepada orang ramai pada 20 Disember 2020 lalu dan digantung di tiang elektrik dan pokok berhampiran kediamannya, lapor Tribunnews.
“Anda bakal mendapat satu pakej yang lengkap:
- makan malam
- berpegangan tangan
- swafoto bersama (selfie)
- melayan bunga api bersama
- hantar pulang ke rumah
Tambah lelaki yang berusia 28 tahun itu, dia mengakui membuat sepanduk tersebut hanyalah sebagai hiburan semata-mata.
Ya siapa tahu setelah menjadi tular dapat dipertemukan dengan jodoh.
Menurut Khoirul Anam, idea tersebut muncul secara tiba-tiba ketika dia mendengar ‘rintihan’ rakannya yang menyatakan bahawa rakannya itu tidak mempunyai pasangan untuk menyambut tahun baru.
“Single pada malam sambutan tahun baru seakan tidak kena. Itulah sebabnya saya terfikir untuk membuat sepanduk ni.”
Secara kebetulan, saya juga masih single. Manalah tahu ada yang mahukan saya nanti.
Haip, sambut tahun baru apa musim-musim Covid-19 ni. Tengok bunga api dekat tv rumah je la.
Baca: Pecahkan Pinggan Pada Pintu Rumah Jiran, Ini 5 Tradisi Awal Tahun Baru Yang Dilakukan Di Dunia