in

Pecahkan Pinggan Pada Pintu Rumah Jiran, Ini 5 Tradisi Awal Tahun Baru Yang Dilakukan Di Dunia

Tradisi Awal Tahun Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik pejam celik tahun 2020 sudah hampir di penghujungnya.


Bagi rakyat Malaysia, sambutan tahun baharu selalunya diserikan dengan persembahan bunga api. Ada juga yang memilih untuk menghadiri majlis keagamaan bagi mendoakan kesejahteraan dalam menghadapi tahun baru yang akan tiba. Tak kurang juga ada yang duduk di rumah saja sambil menonton countdown di televisyen.

Di sesetengah tempat di dunia, terdapat beberapa tradisi pelik yang dilakukan setiap kali ambang tahun baru menjelma.

Jom min kongsikan 5 tradisi ambang tahun baru yang dilakukan oleh penduduk dunia.

1. 12 biji anggur pembawa tuah (Sepanyol)

Bagi masyarakat Sepanyol, terdapat satu tradisi dilakukan dimana mereka akan memakan 12 biji anggur setiap detik jam sehingga waktu tepat 12 tengah malam pada 31 Disember setiap tahun.

Sekiranya anda berjaya menghabiskan 12 biji anggur tepat pada masanya, mereka percaya bahawa nasib anda baik sepanjang tahun baru.

Perisa anggur juga dikatakan memainkan peranan dalam menentukan nasib anda sepanjang tahun baru.

Dikenali sebagai Las Doce Uvas De La Suerte (12 anggur bertuah), tradisi ini dikatakan bermula pada tahun 1909 ketika satu daerah di Sepanyol mempunyai hasil tanaman anggur yang banyak.

2. Campak perabot ke luar tingkap (Itali & Afrika Selatan)

Di sesetengah kawasan di Itali dan Afrika Selatan, sudah menjadi satu tradisi bagi masyarakat setempat untuk membuang perabot lama melalui tingkap pada tengah malam 31 Disember.

Walau bagaimanapun, tradisi ini sudah semakin hilang di kawasan Hillbrow, Johannesburg, Afrika Selatan selepas banyak aduan diterima mengenai set televisyen dan peti sejuk yang dicampak dari tempat tinggi mampu meragut nyawa orang yang lalu-lalang.

Segelintir masyarakat yang masih mengamalkan tradisi ini kini beralih dengan membaling barangan kecil sahaja.

3. Pecahkan pinggan di pintu rumah jiran (Denmark)

Jika anda meraikan tahun baharu di Denmark, jangan terkejut kalau anda melihat banyak pinggan pecah bertaburan di hadapan pintu rumah.

Bagi rakyat di negara itu, tradisi memecahkan pinggan di hadapan pintu dianggap akan membawa tuah kepada sesiapa yang tinggal di dalam rumah itu.

Sepanjang tahun, masyarakat Denmark akan menyimpan semua pinggan-pinggan yang sudah retak atau sumbing khas untuk kegunaan pada 12 tengah malam 31 Disember.

4. Pukul roti pada dinding (Ireland)

Merupakan satu tradisi yang pernah dilakukan oleh masyarakat Ireland.

Mereka percaya dengan mengetuk buku roti pada dinding apabila tepat jam 12 tengah malam akan menghalau roh jahat dan menjemput roh baik masuk ke dalam rumah.

5. Bakar orang-orang (Ecuador)

Di Ecuador, masyarakat di sana akan membina orang-orang menyerupai ahli politik, bintang pop atau mana-mana figura terkenal.

Orang-orang itu akan dipakaikan pakaian lama, disumbat dengan surat khabar atau habuk kayu sebelum dibakar pada tengah malam tahun baru.

Tradisi ini dikatakan bertujuan untuk menghalau nasib tidak baik yang telah berlaku pada tahun sebelumnya.

Bagi korang yang nak sambut tahun baharu di luar nanti, jangan lupa amalkan SOP tau!

Sumber: Travel.earth

Baca: “Macam b*bi terlepas kandang..” – Netizen Kecam Aksi Kurang Ajar Anak Muda Sambut Tahun Baru, Menyusahkan Orang!

Featured E1609049785338

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.