in

Viral Jadual ‘Bentuk Hukuman Yang Dilarang’, KPM Nafi Keluar Arahan Hukum Guru ‘Berleter’

Jadual Hukuman Yang Dilarang Palsu Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah bagi seorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik pelajar di zaman serba moden ini.


Malah guru juga diingatkan untuk berhati-hati dalam menegur dan mendenda para pelajar kerana bimbang ia akan menjadi isu yang besar di kemudian hari.

Sekolah Malaysia Unesco

 

Tular bentuk hukuman yang dilarang dilakukan ke atas pelajar 

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial sebuah jadual yang kononnya berasal daripada Unit Disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menyenaraikan ‘Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang’ dilakukan ke atas pelajar di sekolah.

Jadual tersebut telah menyenaraikan beberapa jenis hukuman yang dilakukan guru terhadap pelajar yang menurutnya memberi kesan negatif kepada fizikal, emosi dan mental pelajar.

Whatsapp Image 2021 11 23 At 8.24.14 Am

Jadual yang viral ini telah mendapat perhatian netizen dan guru-guru yang merasakan sesetengah daripada hukuman yang dilarang itu agak kurang relevan seperti ‘berleter’.

 

“Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian” – Radzi Jidin

Perkara ini kemudian telah mendapat perhatian Menteri Pelajaran sendiri, Dr Radzi Jidin yang memuat naik satu posting di Facebook.

Menurutnya, beliau langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian dan KPM sendiri juga tidak pernah mengeluarkan jadual yang seperti diviralkan itu.

Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum…

Posted by Dr Radzi Jidin on Monday, November 22, 2021

 

Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.

“KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.

“Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya,” kata Radzi.

Dalam pada itu, KPM dalam kenyataan rasminya juga berkata, tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan KPM adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 serta Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.

“Seterusnya, SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin, SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dan SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

“Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan Garis Panduan dan SPI yang dinyatakan tersebut,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum menyebarkan sebarang info adalah sebaiknya kita merujuk kepada yang lebih arif mengenai isu tersebut. Bimbang jadi berita palsu macam ni. 

Baca: “Perkara ini tidak sepatutnya berlaku” – KPM Keluarkan Pekeliling, Hentikan ‘Spot Check’ Haid Pelajar Perempuan

Kpm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.