in

Viral Isu Baki 5 Sen Pelanggan, Zus Coffee Tampil Mohon Maaf Tapi Ramai Kritik?

F6 Zs5S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang isu seorang pelanggan Zus Coffee yang mempertahankan haknya untuk dapatkan semula baki lima sen selepas duit tersebut dikatakan tidak dapat dikembalikan oleh juruwang kafe berkenaan gara-gara ketiadaan duit kecil yang cukup oleh pihak kafe berkenaan.


Boleh baca kisah di sebalik kejadian tersebut di sini.

14

Semalam, pihak pengurusan ZUS Coffee kemudiannya telah tampil memohon maaf berikutan isu tersebut namun apa yang menjadi perhatian ialah, ada warganet yang mengkritik permohonan maaf tersebut.

Ini kerana ada yang mengatakan permohonan maaf itu yang dibuat menerusi Facebook rasmi ZUS Coffee dilihat tidak professional dan seolah-olah mengejek pelanggan.

For all the 5 sen we couldn't return… Sorry. Here's 75 sen off for the inconvenience ?Voucher Code: 75SEN

Posted by ZUS Coffee on Friday, September 30, 2022

 

Dalam permohonan maaf itu juga, pihak ZUS Coffee turut memberikan kod voucher sebanyak 75 sen kepada pelanggan yang mahu membeli minuman mereka menerusi aplikasi ZUS.

17

Namun, ramai yang berpendapat ZUS sepatutnya menukar harga minuman mereka dan jangan letak 5 sen dalam harga makanan atau minuman yang dijual kerana ia boleh menyusahkan pembeli dan juruwang.

16

Namun, pihak ZUS Coffee kemudiannya menjelaskan tentang cara mereka memohon maaf yang dikritik itu. Kata mereka, mereka tiada niat untuk mengejek sebaliknya hanya mahu berjenaka untuk mengurangkan ketegangan yang dirasai oleh semua.

18

Sumber: Facebook ZUS Coffee

Baca: “Miscommunication”- ZUS Coffee Minta Maaf Lepas Dituduh Diskriminasi Golongan OKU 

13

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.