in

“View bukan biashe-biashe” – NASA ‘Throwback’ Gambar Malaysia Dari Angkasa Lepas

Agensi Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Kebangsaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti kebanyakan orang di Malaysia sudah biasa melihat gambar-gambar yang memaparkan keindahan negara dan budaya rakyatnya yang berbilang kaum.


Tapi kali ini, kita dapat melihat negara kita ini menerusi pandangan yang berbeza.

Pada 12 Februari lalu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah memuat naik satu gambar throwback yang menunjukkan Malaysia dari angkasa lepas.

Lebih menakjubkan, gambar itu dikatakan telah diambil semasa Malaysia sedang dilanda ribut petir.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama gambar indah itu, NASA menulis foto terbabit diambil pada 18 September 2016. Stesen Angkasa Antarabangsa dikatakan berada dalam kedudukan kira-kira 250 batu (402.336km) di atas Malaysia semasa ribut petir melanda pada waktu malam.

Nasa E1613894762436

Dalam gambar sama juga dapat dilihat kapal angkasa Russian Soyuz (kiri) dan kapal angkasa Progress (kanan).

Semasa artikel ini ditulis, gambar throwback NASA itu sudah menerima lebih 1.5 juta likes dan mempunyai lebih 5,000 komen.

Apa pendapat anda? Cantik sungguh ciptaan Tuhan kan?

Sumber: NASA

Baca: NASA Temui Asteroid ‘Unik’ Bernilai USD 10 Quadrilion, Lebih Besar Dari Nilai Keseluruhan Ekonomi Dunia!

Ft Nasa Final E1613894950681

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.