in

NASA Temui Asteroid ‘Unik’ Bernilai USD 10 Quadrilion, Lebih Besar Dari Nilai Keseluruhan Ekonomi Dunia!

Ft Nasa Final E1613894950681

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah batu angkasa asteroid ‘unik’ berjaya ditemui oleh pihak NASA baru-baru ini yang dianggarkan mempunyai saiz sebesar bandar Massachusetts, Amerika Syarikat!

Asteroid tersebut yang diberi nama sebagai 16 Psyche adalah merupakan salah satu daripada batu angkasa terbesar yang mengelilingi orbit antara planet Marikh dan Musytari.


 

Bernilai USD10,000 quadrilion

Apa yang lebih mengujakan, batu asteroid ini dianggarkan bernilai setinggi USD10,000 quadrilion (lebih daripada 15 digit kosong dibelakangnya), lebih besar dari nilai keseluruhan ekonomi dunia!

Sekiranya ia dibawa ke bumi lalu dibahagikan bahagian serpihannya kepada kira-kira 2.7 bilion manusia di seluruh dunia, maka harganya dianggarkan boleh mencapai kira-kira USD1.3 bilion (RM5.2 bilion) setiap seorang.

Menurut saintis angkasa, Dr. Tracy Becker dari Institut Penyelidikan Southwest, pihak mereka sebelum ini sering kali melihat batu meteor yang terdiri daripada campuran ‘bahan’ lain dengan logam.

 

Terdiri daripada gabungan besi dan nikel sepenuhnya

Nasa Batu

Namun, 16 Pyshe ini dianggap sebagai ‘unik’ dan ‘rare’ gara-gara ianya terdiri daripada gabungan besi dan nikel sepenuhnya.

Tambahnya, asteroid ini berkemungkinan terhasil daripada sisa planet yang tinggal dan terpecah akibat dihentam oleh sesuatu ‘objek’ dalam sistem suria yang menyebabkan planet tersebut ‘kehilangan’ lapisan kerak dan mantelnya lalu pecah menjadi asteroid 16 Psyche.

Menurut laporan USA Today, dengan menggunakan Teleskop Hubble Space, saintis angkasa NASA dapat menganalisis asteroid tersebut dengan lebih terperinci. Bahan kajian dan penemuannya telah diterbitkan dalam Planetary Science Journal.

 

Bakal lancarkan misi ke asteroid pada tahun 2022

Nasa Kapal

NASA kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah kapal angkasa yang boleh merentas ke permukaan asteroid sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi mengenai asal usul teras angkasa dan planet.

Misi ini dijangkakan bakal dilancarkan pada tahun 2022 dan bakal tiba pula di permukaan asteroid menjelang tahun 2026.

 

Asteroid 16 Pysche adalah sangat ‘rare’

Menurut pakar angkasa, asteroid yang diperbuat daripada besi adalah sangat ‘rare’ dan jarang untuk ditemui dalam sistem suria. Mereka juga yakin bahawa 16 Pysche ini bakal mewujudkan peluang kepada mereka untuk mendalami ‘isi’ planet.

Baca: Asteroid Setinggi Burj Khalifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini Baca Ang

Sumber: USA Today
Sumber: USA Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.