Ini bukanlah pertama kali kita melihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli meredah banjir yang berlaku di Pahang.
Terbaru, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi dilihat berkenan untuk mencemar duli untuk mengharung air banjir dengan hanya berjalan kaki untuk meninjau dan melawat rakyat jelata serta situasi banjir terkini di Kampung Lamir, Pekan, Pahang.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook @Istana Negara semalam, 14 Januari 2021, Seri Paduka Baginda bersama Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut.
Dengan hanya berjalan kaki, Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung mereka gara-gara banjir teruk yang melanda.
https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/videos/256030139244937
Amat beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dan ketua negara yang berjiwa rakyat seperti ini.