in

[VIDEO] WOW! Founder Ni ‘Surprise’ 10K Tunai Dalam Kek & Rantai Emas Harga 20K Dekat BFF Sempena Hari Jadi

Ft 10Kbff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa hadiah paling mahal korang pernah bagi dekat kawan baik atau BFF korang waktu hari jadi dorang? Well, seorang founder bisnes baru-baru ini mendapat perhatian di TikTok selepas video yang dimuat naik membuatkan netizen ‘ternganga’.


Founder yang dipanggil Cek Yana itu telah memuat naik video menunjukkan dia beri kejutan kepada BFF dia ketika hari jadinya baru-baru ini. Melalui posting tersebut, Cek Yana telah merancang dengan rapi bagaimana kejutan itu bakal dilaksanakan.

Melalui video yang dikongsikan Cek Yana, dia telah membeli seutas rantai emas bernilai RM20,000 untuk BFF dia yang bernama Cik Zaza itu. Bukan itu saja, dia turun menghadiahkan Cik Zaza wang tunai RM10,000 yang telah disorokkan di dalam kek besar yang ditempah khas untuk sambutan tersebut.

@cekyanaaaa

#fyp Hadiah untuk BFF ? Seronok tgk kawan bahagia

♬ Ballerina – Raffaella

@cekyanaaaa

#fyp BFF . saya nak dia orang paling gembira waktu ni

♬ LEMON TREE – Anton Giriel☁️

 

Kata Cek Yana, sahabatnya itu sangat baik dan setia dengannya malah sanggup sama-sama membangunkan bisnes mereka sekarang iaitu Cek Yana Oden Viral. Melalui video lain yang dikongsikan Cek Yana di TikTok, Cik Zaza dilihat menangis selepas mendapat kejutan sebegitu sekali daripada sahabatnya.

@cekyanaaaa

♬ Right Here Waiting – My first Music

Turut berkongsikan momen tersebut di Facebook, ramai yang memberi respon positif terhadap kedua-dua sahabat ini di media sosial terutamanya Cek Yana kerana dia dikenali dengan sifat pemurah dan suka ‘memberi’ tak kira kepada siapa.

Jika dilihat di TikTok, Cek Yana juga ada kongsi dia belanja staf membeli belah RM3,000 dan turut menghadiahkan iPhone 12 PRO MAX kepada pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ini.

@cekyanaaaa

#fypシ #fy #fypシ Alhamdulilah cekyana beli dua biji IPHONE 12 PRO MAX untuk pasangan ? kita ni .. @bellaastillah_94

♬ Myself – Bazzi

Bukan nilai yang penting, tapi sifat memberi dan menghadiahkan orang disayangi sesuatu boleh kita contohi. Tak semestinya kita perlu menghabiskan sejumlah wang yang kita tidak mampu, apa saja boleh dihadiahkan kepada mereka asalkan kita ikhlas.

Bak kata omputih, it’s the thought that counts.

Baca: “Wow! aku baru tahu” – [VIDEO] Lebih 4.7 Juta Views di TikTok, Ini Cara Untuk Kutip Gula di Karpet Tanpa Guna Vacuum

Ft Tipstiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.