“This is leadership” itu lah kata-kata yang keluar daripada mulut rakyat apabila menyaksikan video Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Kate Laurell Ardern menunjukkan sikap kepimpinannya dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik global Covid-19 ini.
Video itu tular Twitter dan ia cukup memberikan inspirasi kepada majoriti 26.7K rakyat yang retweets video ini.
Saya sendiri akan buat ambil potongan 20% sehingga 6 bulan kerana kami mengakui warga New Zealand yang bergantung pada subsidi upah mengambil potongan gaji dan kehilangan pekerjaan mereka akibat pandemik global Covid-19.”
Katanya lagi, dia faham kesukaran yang dihadapi oleh rakyat New Zealand. Malah katanya lagi, pihak kerajaan tidak akan membenarkan potongan gaji untuk pekerja bariisan hadapan,
“Sudah tentu banyak orang di masyarakat kita mencari yang merupakan pekerja barisan hadapan seperti jururawat, polis, profesional penjagaan kesihatan, kami tidak mencadangkan pemotongan gaji di sini dan tidak ada orang New Zealand yang menganggapnya sesuai.”
Tambahnya, sebagai Perdana Menteri, Jacinda Kate Laurell Ardern akan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan nasib rakyatnya terbela.
https://twitter.com/DavidPaisley/status/1314858371540037634
Ramai netizen dari seluruh dunia, terpukau dan puji dengan sikap kepimpinan beliau, malah rata-rata warganet dari negara lain ‘cemburu’ dengan New Zealand.
Inilah PM sebenar – Netizen
Alaa, Malaysia punya pun apa kurangnya, hebat juga kan?