in

[VIDEO] Viral Remaja Dipukul Rakan Beramai-Ramai, Puncanya Sebab Berebut Kekasih?

Fi Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, masalah sosial melibatkan remaja makin banyak terjadi. Bukan sahaja dari segi pergaulan, pengambilan barang terlarang, serta banyak lagi.


Tapi korang semua ada ke terbaca pasal remaja bergaduh pasal berebutkan ‘kekasih yang dicintai’ sekarang ni?

 

Pukul ramai-ramai sebab kekasih

Baru-baru ini tular di media sosial tentang pergaduhan yang melibatkan beberapa orang remaja di Batu Gajah Perak.

Dalam kejadian itu, beberapa orang remaja lelaki dilihat mengepung dan memukul seorang rakannya yang dikatakan berpunca kerana dia keluar bersama kekasih kawannya.

Mereka dilihat tidak berpuas hati dan memukul rakannya itu bergilir-gilir sambil beberapa kali cuba dihalang oleh gadis tersebut. Salah seorang dari mereka juga sempat buat live kejadian tersebut. Sangat pintar ya itu anak.

Kejadian itu berakhir apabila , mereka dilihat mula beransur pergi daripada tempat tersebut dan meninggalkan remaja lelaki yang dipukul bersama gadis tersebut.

Video pergaduhan itu dimuat naik di akaun Instagram @pemantaumalaysiabaru. Sebagai tambahan, dimaklumkan bahawa semua yang terlibat berusia 15 tahun.

Fi Pukul 1

Kalau siapa yang nak tengok video boleh tekan disini.

Aihhh anak muda zaman now, makin pelik masalah yang timbulnya. Apa komen korang pasal benda ni?

Sumber : Instagram

 

Baca : [Video] Keluar Dengan Lelaki Lain, 17 Remaja Bergaduh Gara-Gara Seorang Perempuan

Foot Gaduh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.