in

[Video] Viral! Anggota Polis Trafik Dipercayai Mabuk, Pandu Kereta Lawan Arus

Ft Mabuk Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Harapkan pegar, pegar makan padi”. Itulah pepatah yang sesuai ditujukan kepada seorang anggota polis ini apabila rakaman videonya yang memandu kereta Perodua Axia berwarna kelabu secara melawan arus tersebar awal pagi tadi.


Apa yang lebih mengejutkan, dia bukan sahaja setakat anggota polis biasa, malah merupakan seorang anggota polis trafik!

 

Pandu lawan arus, bawah pengaruh alkohol

Memetik laporan Kosmo!, anggota polis trafik yang berpangkat konstabel itu bukan sahaja memandu secara berbahaya dengan melawan arus, malah dia juga disyaki berada di bawah pengaruh alkohol!

Feat Mabuk

Aduhai, tugas kawal keselamatan lalu lintas, tapi…

Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Joho Bahru pada awal pagi tadi, 23 Disember 2020.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya ada menerima satu rakaman video pada pukul 12.30 tengah malam berkaitan kejadian sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara berbahaya.

Feat Mabuk 2

Pihak polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan anggota polis lelaki itu di sebuah stesen minyak berhampiran.

 

Tidak bertugas pada waktu kejadian

Melalui hasil siasatan yang dijalankan, anggota polis yang berusia 25 tahun itu tidak bertugas pada masa kejadian serta menggunakan kenderaan persendirian.

Susulan penahanan itu, suspek kemudian disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda maksimum RM15,000 serta lesen memandu ditarik semula tidak lebih 5 tahun.

Bukan itu sahaja, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu berada dalam keadaan pengaruh mabuk ketika memandu. Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda maksimum RM30,000 dan boleh dipenjara 2 tahun serta hilang kelayakan memandu tidak kurang 2 tahun.

 

Tak akan berkompromi walaupun anggota polis

Tegas Ayob Khan, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang termasuk kesalahan trafik.

LAWAN ARUS | Polis Dipercayai Mabuk

LAWAN ARUS | Polis Dipercayai Mabuk Seorang anggota polis ditahan selepas dia dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi.Suspek yang dipercayai mabuk ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran lokasi kejadian.‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.#V20Series #V20 #V20Pro #BeTheFocus

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, December 22, 2020

Baca: [VIDEO] Orang Awam Belasah Pelajar Mabuk Berusia 18 Tahun Sebab Cuba Lari Lepas Langgar Lampu Merah & Rempuh Kereta Lain Baca Polis 2

Sumber: Buletin TV3
Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.