in

[VIDEO] Viral Ajak Orang Ramai Berkumpul Tanda Protes Pada Kerajaan, Polis Bakal Ambil Tindakan Tegas

Cats 111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini,viral satu video dia media sosial yang mengajak orang ramai untuk berkumpul di beberapa lokasi sebagai tanda protes kepada kerajaan.

Dalam video tersebut, individu yang menggunakan latar suara seperti robot itu menyeru orang ramai untuk menyertai operasi Black Democracy pada 30 Jun 2021 di beberapa lokasi pada jam 12 tengah hari dengan memakai baju berwarna hitam.


Antara lokasi yang disebut adalah Istana Negara, Dataran Merdeka, Masjid Putrajaya dan pejabat KWSP.

Whatsapp Image 2021 06 30 At 11.43.01 Am

Individu tersebut juga menasihatkan orang ramai yang nak join pergerakan tunjuk perasaan itu untuk patuh SOP dengan hanya 2 orang dalam satu kenderaan dan tak boleh bawa kanak-kanak ikut sekali.

Bukan itu sahaja, individu itu juga siap bagitahu untuk tidak membuat provokasi serta keganasan kepada pihak polis sebab dia cakap yang pihak polis bukan musuh utama rakyat.

Whatsapp Image 2021 06 30 At 11.42.27 Am

“Jangan buat provokasi ke atas pihak polis kerana musuh kita bukan polis.”

Diorang juga minta orang ramai untuk menyesakkan kawasan di sekitar operasi Black Democracy  itu serta ambil selfie dengan #kerajaangagal sehinggalah kerajaan mengaku kalah pada pukul 6 petang.

Whatsapp Image 2021 06 30 At 11.42.40 Am

 

Pihak polis ambil tindakan tegas

Menurut Utusan, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP MKN dengan menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim mengingatkan masyarakat untuk patuh SOP yang dikeluarkan oleh MKN mengenai aktiviti bersosial yang masih berkuat kuasa.

“Dinasihatkan supaya tidak menyebarkan apa jua bahan yang boleh mengajak orang ramai melanggar SOP MKN yang akan menyebabkan penularan Covid-19.”

 

Sumber: Utusan, Twitter

Baca:”Ada niat nak buat provokasi”- Graduan UM Ditahan Sebelum Masuk Ke Dewan

Capture 74

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.