Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan kejadian kemalangan dan dilihat juga berlaku pergaduhan sehingga meraih perhatian netizen.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah mengeluarkan kenyataan media untuk memberi penjelasan sebenar terhadap apa yang berlaku.
Polis tampil beri penjelasan terhadap pergaduhan yang berlaku
Menurut kenyataan media yang dikongsikan di Twitter, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lepas di Jalan Raja Musa Aziz di mana sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki telah melanggar sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu oleh seorang wanita berumur 52 tahun.
https://twitter.com/pdrmsia/status/1589967793445023744?s=46&t=obj4a6s62OINsBJfWvt12Q
Punca kejadian berlaku adalah akibat daripada pemandu kereta Honda City (lelaki) telah memandu di laluan yang bertentangan trafik.
Abang baju merah niat nak tolong, malah ditumbuk sebab…
Menurut Yahaya Bin Hassan, Ketua Polis daerah Ipoh memberitahu bahawa semasa kejadian itu berlaku, ada juga beberapa orang awam yang menyaksikan kemalangan jalan raya tersebut tampil memberi bantuan kepada mangsa.
“Namun, pemandu kereta Honda City tidak puas hati terhadap teguran daripada orang awam kerana dikatakan menyebabkan kemalangan jalan raya tersebut dan telah menyerang dan menumbuk salah seorang daripada orang awam yang hadir di tempat kejadian.”
Susulan laporan daripada mangsa, pihak polis telah berjaya menangkap suspek iaitu pemandu Honda City yang berumur 47 tahun di Jalan Lahat, Ipoh pada hari semalam.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh dan disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Yang penting salute pada abang baju merah sebab tak guna keganasan semula dalam menyelesaikan masalah semasa kemalangan…