Kes buli di sekolah menengah baik sekolah rendah seperti menjadi kebiasaan dan ia adalah sesuatu yang perlu dielakkan seterusnya dibendung kerana ia bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan melampau, malah buli juga boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Baru-baru ini, seorang pelajar yang merupakan mangsa buli menjadi inspirasi apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
@weynajwan Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ujian itu menguatkan. Tahniah dan semoga terus kuat untuk menggapai bintang dalam kehidupan. #motivation #quotes #quoteskehidupan #zxycba #fyp #fypシ #foryoupage
Dalam video itu, difahamkan pelajar tersebut dibuli ketika tingkatan satu dan dia hanya bertahan di sekolah selama sebulan sebelum memutuskan untuk menyambung pembelajarannya di rumah secara home school.
Menurut sumber, video tersebut dimuat naik oleh sepupunya, dia menceritakan pelajar yang bernama Nik Mohd Syazani Afiq itu merupakan top student ketika di bangku sekolah rendah tetapi semuanya berubah selepas dia dibuli dengan teruk ketika baru sahaja masuk sekolah menengah.
“Ia menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Setiap kali orang datang melawat, dia akan segera pergi dan mengurung diri di dalam biliknya dan dia juga mengalami serangan panik,” katanya.
Pada tahun 2021, keluarganya terkejut apabila dia sendiri meminta untuk menduduki peperiksaan SPM dan dia kebanyakannya bergantung kepada perkhidmatan penstriman pendidikan dan saluran seperti DidikTV dan YouTube untuk membantunya belajar.
“Dia berjaya… im crying”
Video tersebut sudah pastinya meruntun hati ramai netizen, rata-rata memuji ketabahan pelajar itu untuk mengubah nasibnya serta membuktikan kebolehan dirinya sendiri.
Cerah masa depan adik ni!
Baca: Kertas Subjek Sejarah 15 Calon SPM Dibatalkan, Gara-gara Terbawa ‘Phone’ Masuk Dewan