in

[VIDEO] Setahun Terpisah Dengan Ayah Kerja Askar, Anak Kecil Mengelak Sebab Tak Cam

Fi Anak Askar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan setiap pasangan yang berumah tangga ini, mahukan mereka untuk tinggal bersama dan kalau boleh jangan berjauhan. Perkara ini lebih berat untuk diterima, lagi-lagi pasangan yang baru saja berkahwin.


Namun dalam sesetengah keadaan, mereka terpaksa juga untuk berjauhan atas tuntutan kerja yang perlu diutamakan sehingga terpaksa meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil.

 

Ayah kerja sebagai askar.. Setahun tak berjumpa anak kecil

Itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh sebuah pasangan ini, apabila si suami bertugas sebagai askar yang perlu meletakkan tugasnya menjaga keamanan negara lebih dari segalanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Puan Ayu Suhaila menerusi akaun TikToknya, di mana kelihatan ketika itu dia bersama anak yang masih kecil menjemput kepulangan suami di lapangan terbang.

Anak Askar 1

Mungkin disebabkan berpisah sewaktu anaknya masih terlalu kecil, dia kelihatan mengelak dan berpaling ketika ditegur oleh ayahnya itu. Bukan itu saja, ketika hendak salam pun dia masih kelihatan ragu-ragu termasuk juga sewaktu hendak didukung oleh ayahnya itu. Comel je dia segan-segan tengok ayah dia.

Dia xnak dengan baba dia,

“Hemm anak pon dah x kenal.. Bapak dia nak dukung, peluk cium xnk hemm.” kata Puan Ayu

Walau bagaimanapun selepas beberapa ketika, barulah si kecil itu nak didukung ayahnya walaupun masih kelihatan seperti ragu-ragu.

Posting dikongsikan tersebut telah menarik perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah memperoleh lebih dari 413k tontonan.

Anak Askar 2

“Realiti seorang askar”

Di ruangan komen, momen yang dikongsikan oleh Puan Ayu nyata telah menyentuh perasaan ramai warganet. Ramai juga yang menyifatkan bahawa itu lumrah, apabila bertugas sebagai barisan hadapan negara. Selain itu juga, ada juga yang berkongsi kisah seakan sama yang dilalui oleh keluarga ini.

Reak Anak Askar 5 Edit Reak Anak Askar 4 Edit Reak Anak Askar 2 Edit Reak Anak Askar 1 Edit Reak Anak Askar 3 Edit

Kesian dia dah lama tak jumpa ayah sampai tak cam muka dah. Tapi nak buat macam mana kan, atas tuntutan negara. Memang family yang hebat!

 

Baca : [VIDEO] Kahwin Dengan Askar, Wanita Naik Pelamin Pun Laju Dah Macam Kawad Terikut Suami

Foot Anak Askar

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.