in

[VIDEO] Kahwin Dengan Askar, Wanita Naik Pelamin Pun Laju Dah Macam Kawad Terikut Suami

Fi Laju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila menjadi pasangan pengantin, semestinya saat yang paling bermakna adalah apabila berjalan  menuju ke atas pelamin dan diraikan sebagai ‘Raja sehari’.


Masa itu, pengantin mestilah akan risau dengan penampilan mereka. Iyalah perkara sekali seumur hidup kan, mesti nak kelihatan cantik dan kacak sahaja masa tu.

 

Berjalan laju dah macam kawad

Namun, lain pula bagi pasangan mempelai ini apabila tular video cara mereka berjalan naik ke atas pelamin yang kelihatan ‘lain macam’ di aplikasi TikTok.

Pengantin wanita yang dikenali sebagai Ryna Mohamad itu berseloroh di ruangan kapsyen menyatakan bila dah berkahwin dengan askar, dengan dia sekali jalan macam tengah berkawad.

Selain itu dia turut memohon maaf kepada tetamu yang hadir kerana tidak sempat untuk mengambil gambar atau video mereka.

@rynamohamad

sorry?? kahwin dengan askar, dengan kita2 sekali jalan laju mcm berkawad masa bersanding? #foryoupage #fyp #sweetmemory

♬ original sound – ryna mohamad – ryna mohamad

 

Pakai kasut tumit 7 inci

Dalam posting lain, wanita tersebut mendedahkan sebenarnya dia memakai kasut tumit setinggi 7 inci pada majlis tersebut.

Dia juga menyifatkan bahawa bernasib baik tidak ‘terpeleot’ ketika menuju ke pelamin itu. Mana tidaknya, dengan berjalan laju macam tu tak mustahil boleh terjadi. Tapi syukurlah tak ada perkara buruk yang berlaku.

Perkongsian melalui akaun TikTok @rynamohamad ini sehingga kini meraih hampir 500k views.

@rynamohamad

Reply to @myzaaa__

♬ original sound – ryna mohamad – ryna mohamad

 

“Cuba bagi arahan perlahan jalan, mesti slow je”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu. Malah ada juga yang bergurau dengan sepatutnya menyuruh bagi arahan perlahan jalan seperti dalam askar.

Reak Laju 1 Edit

Reak Laju 2 Edit

Reak Laju 3 Edit

Takpelah kan, yang penting kenangan tu ada.

 

Baca : “Semoga awak kuat” -[VIDEO] Wanita Bakar Hantaran,Doorgift, Lepas Tahu Tunang Kahwin Wanita Lain

Foot Kahwin

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.