in

[VIDEO] Sebak! Lelaki Ini Cuma Boleh Tengok Aktiviti Harian Ibu Bapa Di Kampung Melalui CCTV Je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Raya tahun ini agak syahdu buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung bertemu ibu bapa mereka selepas kerajaan mengumumkan tiada pergerakan rentas negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Perkara yang sama turut dirasai oleh lelaki ini yang bernama Ahmad Saffuan Adenan kerana dia juga tidak dapat pulang beraya ke kampung pada tahun ini kerana ibu bapanya berada di Perak manakala dia pula tinggal di Pulau Pinang bersama isteri.

 

Mampu tengok dari jauh je

Menerusi satu perkongsian video di yang dimuat naik oleh lelaki ini di Tiktok pada 23 April yang lalu, video tersebut dengan berlatar belakangkan lagu Dendang Perantau oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu menunjukkan seorang lelaki baru selesai memotong rumput di halaman rumahnya.

@saffuan.one

#fyp #rayadiperantauan

♬ Dendang Perantau – Tan Sri P. Ramlee

Lebih mesra dipanggil Saffuan, dia bercerita kepada mStar yang lelaki dalam rakaman kamera CCTV tersebut merupakan bapanya yang berusia 67 tahun yang tinggal di Ipoh, Perak.

“Dapat tengok bapa dekat CCTV je pun dah cukup mengubat rindu. Tak dapat rentas negeri kan.”

Menurut mStar, adik-beradik Saffuan semuanya mempunyai akses untuk pantau dua CCTV yang dipasang di rumah tersebut.

“Saya hanya boleh memantau CCTV di kampung dari semasa ke semasa bagi meninjau keadaan  dan melepaskan kerinduan terhadap mak ayah di kampung halaman.”

 

Raya berbeza kali ni

Lelaki ini yang kali terakhir pulang ke kampung pada bulan Disember tahun lalu rasa lega bila tengok ayahnya rajin beraktiviti di kampung sebab dengan cara itu dia dapat tahu yang ayahnya masih sihat dan kuat untuk beraktiviti sementara ibunya pula lebih banyak berehat sebab masalah kesihatan.

“Kadang-kadang ayah rajin juga bercucuk tanam dekat luar rumah tu.”

Kata Saffuan lagi, raya kali ini agak berbeza dengan tahun lepas sebab tahun lepas dia berada di kampung dan hanya bekerja dari rumah. Tahun ini dia dan isterinya dua-dua raya di perantauan sebab kampung isterinya juga di Perak.

Walaupun berjauhan dengan ibu bapa, tapi itu bukanlah penghalang untuk kita tak selalu berhubung dengan mereka di kampung.

Sementara korang ada mak ayah ni, hargailah mereka sepenuhnya. #rayadiperantauanjuga

 

Sumber: mStar

Baca:”Hilang masa night shift”- CCTV Dedah Lelaki Ini Dah Terjun Dalam Tangki Berisi Besi Cair Panas

Sumber: Tiktok
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.