Baru-baru ini telah berlangsungnya acara Retro Havoc yang telah mengumpulkan para peminat untuk menyaksikan kira-kira 1,000 kereta klasik serta 50 motosikal untuk dipaparkan kepada umum.
Acara tersebut telah berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Sabtu lalu telah menyaksikan lebih 70,000 pengunjung yang hadir untuk memeriahkan acara berkenaan.
Bagaimanapun, difahamkan ada dalam kalangan pengunjung yang bersikap tidak bertanggungjawab telah melanggar peraturan yang ditetapkan dan sesuka hati menyentuh kereta pameran.
Menurut sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, dapat dilihat orang ramai mengelilingi sebuah kereta di acara tersebut tanpa mengendahkan kereta yang berada di sekelilingnya serta menyebabkan kerosakan teruk kepada kereta-kereta lain.
@thagookhamudi87 #retrohavoc2023 #retrohavoc #baboon #carevent #biadap #donttouchmycar
“Pergi event sibuk nak rakam, terlari sana sini. Kesian kat kawan-kawan event kereta, duduk atas bonet, calar, bumper jatuh, spoiler patah, panjat atas pintu nak rakam sana sini rosak event. Orang pergi event nak layan art bukan nak sibuk rakam amik gambar buat live,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, salah seorang daripada pemilik kereta yang terkesan dengan sikap penonton di acara tersebut juga telah meluahkan perasaannya di akaun TikTok miliknya.
@thatmediumsilverwira Kereta penuh dengan cap jari lepastu ? #proton #wira #malaysia #retrohavoc2023
“Kereta penuh dengan cap jari lepastu,” tulis pemilik kereta berkenaan.
Perkara-perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku ketika apa-apa acara pameran kerana seperti yang kita tahu barang pameran adalah sangat berharga lebih-lebih lagi kepada pemiliknya.
“Orang yang dah biasa pergi event kereta tak akan sentuh kereta” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan merosakan kenderaan di acara tersebut.
Hmm ni apa kes pula ni..
Baca : [VIDEO] Majikan Hadiahkan Proton Saga Buat Staf Indonesia Yang Dah Berkhidmat 10 Tahun