in

[Video] Remaja Tergelincir Dari Tingkat 7 Masa BerTikTok, Buat Ramai Netizen ‘Meremang’

Ft Jatuh Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TikTok bukanlah lagi sesuatu benda yang baru dalam masyarakat kini. Rata-rata dari korang kebanyakannya pasti mempunyai aplikasi TikTok atau pernah menggunakannya bukan?



Selain digunakan sebagai medium untuk menghiburkan hati melalui pelbagai filter atau challenge yang terkini, TikTok juga dijadikan sebagai ‘tempat’ untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada penggunanya.

Tapi korang kena selalu berpada-pada, jangan terlalu ‘syok’ sangat berTikTok sampai tidak perasan dengan keadaan sekeliling sehingga boleh membahayakan nyawa sendiri.

 

Sakan berTikTok, tergelincir dari tingkat 7

Seperti satu kejadian ‘ngeri’ yang berlaku terhadap seorang TikToker dari Indonesia baru-baru ini, dia dikatakan hampir menemui ajal gara-gara sakan berTikTok.

Melalui sebuah klip video yang telah dimuat naik oleh @oohrezabee di akaun TikTok miliknya, dia bersama seorang lagi rakannya telah naik sehingga ke tingkat 7 sebuah bangunan untuk membuat content TikTok.

Muka Tiktok

Namun, baru sahaja rakaman bermula, mereka dilihat telah berjalan dengan mengundur ke belakang tanpa sedar ‘bahaya’ yang menanti sebelum seorang rakannya yang berbaju merah secara tidak sengaja tergelincir jatuh ke bawah.

Feat Nak Jatuh

 

Sempat berpaut pada dinding

Walau bagaimanapun, nasib remaja itu agak ‘baik’ apabila dia mujur sempat berpaut pada bahagian dinding bangunan tersebut sebelum dia berjaya ditarik ke atas oleh rakannya.

Feat Jatuh

 

Allahu, scarynya min tengok. Nasib tindakan refleks dia pantas. 

 

Raih 5.6 juta tontonan! Berjaya buat netizen ‘meremang’

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih lebih daripada 5 juta views. Rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cuak’ dan meremang apabila menyaksikan video ‘nyawa di hujung tanduk’ itu.

@oohrezabae

Lantai 7 🥵

♬ The Dance Song – Sione Taholo

Bukan sahaja bersyukur kerana remaja itu tidak mengalami apa-apa kecederaan yang ‘serius’, malah tak kurang juga ada yang menasihati mereka berdua supaya mencari lokasi yang lebih selamat untuk membuat TikTok.

Min nak pesan, jangan disebabkan nak buat content TikTok ‘meletops’ sampai sanggup membahayakan nyawa sendiri.

Baca: Remaja Lempar Kucing Demi Content TikTok, Akhirnya Ditahan Polis Baca Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.