in

[VIDEO] Remaja 11 Tahun Dicabul ‘Mamat Topi Merah’ Dalam Lif, Masa Keluar Beli Ubat

Budak 11 Tahun Mangsa Cabul 1

Masalah jenayah seksual semakin meningkat pada zaman kini, masih ada penjenayah seksual di luar sana yang berani melakukan kesalahan ini.

Perkara ini harus dipandang serius serta tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap penjenayah seksual ini.

Baru-baru ini telah tular di Twitter, mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun menjadi mangsa serangan seksual ketika menaiki lif kediamannya di Putrajaya.

Screenshot 2022 11 24 134829 1

Menurut pemilik akaun berkenaan, @narshAli, mangsa yang merupakan anak saudara kepada rakannya telah diraba dan dicium oleh lelaki bertopi merah itu ketika menaiki lif.

Difahamkan bahawa mangsa keluar membeli ubat di kedai serbaneka yang terletak di bawah blok kediamannya sebelum terserempak dengan lelaki itu di luar lif.

Semasa menunggu lif, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus menaiki lif sebelum mendakwa diserang secara seksual oleh lelaki berkenaan, lapor mStar.

Menurut pekerja kedai di bawah apartment berkenaan, pelaku dikatakan melarikan diri menaiki kereta sejurus kejadian itu.

Berdasarkan keterangan yang dikongsi di Twitter itu, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu malam di sebuah apartment di Presint 5, Putrajaya.

Korang boleh baca lanjut dekat SINI.

Screenshot 2022 11 24 140734

Apa kata netizen?

Rata-rata ruangan komen di ciapan tersebut dibanjiri dengan warganet yang menyelar tindakan lelaki itu dan berharap mangsa akan mendapat keadilan sewajarnya.

Ada juga warganet yang mencadangkan untuk mencetak wajah lelaki tersebut untuk ditampal di kawasan kediaman berkenaan.

Screenshot 2022 11 24 140922

Kesian mangsa, mesti dia trauma lepas tu..

Baca : “Tak kelakar pun” – Netizen Kecam ‘Influencer’ Buat Lawak Rog*l Masa Tiktok Live

Tiktoker Lawak Rogol 758X399 1

Sumber: Twitter
Sumber: mStar
Sumber: Twitter