in

[Video] ‘Rapunzel’ Real Life Kongsi Cara Cuci Rambut, Raih 10 Juta Views

Feat Rambut Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rambut sememangnya lambang mahkota bagi kaum wanita yang pastinya dijaga dengan sangat rapi untuk mengekalkan kecantikannya.


Rambut yang panjang mengurai sememangnya sinonim dengan wanita kerana wanita kelihatan lebih anggun dan manis apabila mempunyai rambut yang panjang dan beralun.

Terdapat juga segelintir wanita yang sayang untuk memotong rambut mereka sehinggakan panjang mencecah ke pinggang. Malahan, ada juga yang menyimpan rambut panjang sehingga mencecah ke lantai!

Baru-baru ini, terdapat video seorang wanita yang tular di aplikasi TikTok gara-gara dia mempunyai rambut yang sangat panjang sehingga mencecah lantai.

Video tersebut telah dimuat naik oleh wanita berkenaan menerusi akaun Tiktok dengan nama @toniboo0, berjaya meraih perhatian netizen yang terpesona dengan rambut panjangnya yang bukan sahaja cantik malah kelihatan terurus rapi.

 

Berdiri atas kerusi pun rambut masih cecah ke lantai

@toniboo0

klau masuk beranda kabarin ?

♬ original sound – Anprat Channel – toniboo0

Video tersebut memperlihatkan rambut ‘super’ panjang wanita berkenaan yang melebih paras ketinggiannya.

Walaupun dia sudah berdiri di atas kerusi, namun rambutnya masih lagi mampu meleret sehingga ke lantai!

Fuh panjang betul ni, flex habis. 

Video yang berdurasi selama beberapa saat ini telah berjaya meraih sebanyak lebih daripada 1 juta tontonan!

Wanita itu juga kelihatan berseloroh dengan meletakkan caption “kalau masuk veranda, beritahu” yang bertujuan untuk menakut-nakutkan followersnya.

Tik Tok Rambut 0

Tik Tok Rambut 1

 

Celup rambut dalam baldi

Kisah rambut panjang wanita berkenaan tidak berhenti setakat di situ sahaja, dia telah memuat naik pula video seterusnya yang menunjukkan cara yang digunakannya untuk mencuci rambut ‘super’ panjangnya itu.

@toniboo0

Balas @zahra.imutt

♬ original sound – Anprat Channel – toniboo0

Pada mulanya, wanita ini telah mencelupkan rambutnya ke dalam sebuah mangkuk besar yang mengandungi shampoo.

Setelah itu, dia kelihatan membilas pula rambutnya dengan mencelupkannya pula ke dalam sebuah baldi yang penuh berisi air.

Dia juga menggunakan sikat untuk menyikat sambil membilas rambut dengan tujuan untuk membuang lebihan air sebelum dikeringkan.

Fuh, struggle betul nak cuci rambut. 

Tik Tok Rambut Shampoo 1

Tik Tok Rambut Shampoo Masuk Baldi

Tik Tok Rambut Shampoo Sikat 1

Video yang kedua ini pula berjaya meraih sebanyak lebih daripada 10 juta tontonan!

 

Rapunzel real life – Netizen

Rata-rata netizen memberikan komen-komen yang menghiburkan hati malah ada juga yang menyamakan watak animasi “Rapunzel” dengan rambut wanita ini dengan memberinya gelaran “Rapunzel real life”.

Komen Tiktok 2Komen Tiktok 3

Tak kurang juga ada komen yang berseloroh menyamakan cara wanita berkenaan mencuci rambut sebagai “pontianak shampoo rambut”.

Komen Tiktok 1

Tak kisah la kalau rambut panjang mana pun, yang penting mesti mau pandai jaga dan sentiasa bersih bebas kutu. 

Baca: Disebabkan Kelalaian Ibu Bapa, Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kekurangan Zat Akibat Kutu RambutBaca Rambut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.