[VIDEO] Raih Lebih 15 Ribu Perkongsian Di Twitter, Anak Kecil Tunjuk ‘Hantu’ Kat Penjuru Katil

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang perasan tak setiap kali anak kecil meragam, pasti akan dikaitkan dengan kehadiran atau penampakan makhluk halus atau ‘entiti asing’.

Kadang-kadang ada suatu ketika si kecil akan menangis tanpa henti dan matanya memandang ke satu arah sambil tangan menunjuk-nunjuk ke tempat tersebut.

 

Anak tunjuk ‘ghost’ kat penjuru katil 

Namun situasi yang dilalui pengguna twitter ni lebih ‘rare’ apabila anak perempuannya menunjukkan ke arah penjuru katil sambil berkata ada ‘ghost over there’.

Mendapat 15k retweets walaupun kurang 24 jam ia dimuatnaik, jelas dalam video tersebut si ibu agak terkejut bila anak perempuannya menyatakan ada ‘hantu’ di bahagian bucu katil.

Malah rata-rata netizen juga suspen dengan situasi tersebut.

 

Tapi bila tengok video sambungan, tak tahu nak bagi reaksi macam mana sebab…

Setelah diteliti rupa-rupanya ‘ghost’ yang dimaksudkan anak kecil tersebut merupakan maskot pada bungkusan lampin pakai buang yang digantung di penjuru katilnya..bertuah punya anak

Padahal ibu dah cuak dah waktu si kecil tunjukkan ‘sesuatu’ kat penjuru.

Sumber : Twitter

Netizen yang menonton video tersebut pun tak jadi nak marah sebab comel sangat waktu anak kecil tunjuk ‘hantu’ pada bungkusan kat bucu katil.

Rasa nak cubit-cubit je pipi gebu si kecil tu.

 

Amayaa kenapa kamu comel sangat

Sumber : Twitter

 

Jantung min dah dup dap dup dap tengok video pertama tu..nasib baik bukan real

Baca : Time buat show, tiba-tiba lebih ahli- Gempar! Hantu Serang Majlis Perkahwinan Di Hutan Melintang, Perak.

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.