in

[VIDEO] Pengantin Perempuan Ini Buka Silat Di Hari Persandingannya Buat Ramai Terpegun!

Fi Pengantin Silat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tradisi persembahan tarian seni silat di majlis perkahwinan merupakan satu budaya yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia.


Jika sebelum ini tular persembahan seni silat oleh seorang gadis dengan memakai baju kurung di sebuah majlis perkahwinan, kali ini satu lagi video berkaitan silat di majlis kahwin yang tular di laman sosial!

Melalui perkongsian daripada saudari Iffah di laman TikTok ini, satu video menunjukkan seorang pengantin perempuan yang sendiri buka silat di majlis persandingannya telah berjaya membuat ramai terpegun!

Video berdurasi 39 saat itu menujukkan pengantin perempuan yang masih di dalam persalinan pengantinnya, memberi ‘teaser’, membuka silat di hadapan suaminya dan para tetamu.

Walaupun pada mulanya dia kelihatan malu-malu, tetapi setelah dipaksa oleh seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarganya, terserlah bakat silatnya itu.

Di ruangan komen pula, ada yang memuji bunga silat yang dibuka pengantin ini sangat kemas. Ada juga yang katanya gerun sedikit apabila melihat dia membuka silat. Katanya terasa aura pengantin itu ketika bersilat!

Komen Pengantin 4

Namun, kebanyakan lain pula memberi nasihat kepada suaminya untuk sentiasa ‘behave’. Isteri dah bagi warning awal katanya!

Komen Pengantin 5

Video yang baru dimuat naik semalam tak sampai 24 jam ini telah pun berjaya meraih sebanyak 503.5 ribu jumlah tontonan serta 42.2 ribu like! (semasa artikel ini ditulis).

Min respect betul dengan kaum hawa yang pandai seni pertahankan diri ni. Salute lah akak!

Baca: Bunga dia cantik!- [VIDEO] Walaupun Berbaju Kurung, Ramai Puji Aksi Silat Budak Perempuan Ini

Fi Silat 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.