in

[Video] Pemandu Kereta Salah Jalan Disangka Mabuk, Rupa-Rupanya..

Untitled Design 27 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lorong motosikal adalah lorong istimewa untuk pengguna motosikal sahaja. Tapi cuba korang bayangkan, tiba-tiba ada kereta di lorong motosikal tersebut? Hah..pishang.


Kejadian yang berlaku pada petang semalam ini sempat dirakam dan dimuat naik menerusi satu akaun Facebook. Perkara ini sangat membahayakan dan menggugat keselamat penunggang motosikal.

Walau bagaimanapun, Menurut Harian Metro, polis mendapati pemandu terbabit menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan ke arah laluan motosikal. Salah setting rupanya…

Lelaki terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk diambil keterangan setelah kejadian itu tular di media sosial. Malah ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah.

Menurut Harian Metro lagi, apabila dia menyedari kesalahannya, dia cuba mencari jalan keluar dengan dibantu sekumpulan penunggang motosikal di jalan itu. Pemandu terbabit turut dilepaskan sementara kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Baca: “Kuat gila impak dia” Penunggang Motorsikal Tercampak Lepas Terlanggar Kereta Yang Tukar Lorong Tiba-tiba
12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.