in

[VIDEO] Niat Nak Rakam Kawad Online, Tapi Kucing ‘Photobomb’ Video Gadis Ini

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak norma baharu yang perlu kita adaptasi. Sebagai contoh, sesi pembelajan kini menggunakan kaedah secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).


Lebih unik, aktiviti fizikal dalam kokurikulum juga kini menggunakan kaedah yang lain memandangkan Prosedur Standard Operasi (SOP) tidak membenarkan pelajar untuk berkumpul secara beramai-ramai.

Bercerita tentang aktiviti kokurikulum, seorang gadis ada berkongsikan video latihan kawad yang dirakamnya ‘diceroboh’ oleh kucing sendiri. Video yang mendapat hampir 300,000 jumlah tontonan ini dikongsikan sendiri oleh gadis itu di laman Twitter.

1 12

Ketika dihubungi Lobak Merah, gadis yang dikenali sebagai Izati ini berkata rakaman video ini adalah untuk aktiviti kokurikulum Kesatria, yang mewajibkan pelajar untuk belajar kawad kaki.

Pada mulanya, Izati meletakkan telefon di lantai perkarangan rumah untuk merakam dirinya berkawad. Dalam video yang dimuat naik, kelihatan seekor kucing sedang duduk menemani tuannya di sisi.

2 12

3 11

Beberapa saat selepas itu, kucing itu mula menyedari ada telefon yang merakam mereka berdua di perkarangan rumah. Dia bertindak bangun dan memeriksa kamera itu, sehingga menutup ruangan kamera yang sepatutnya merakam aktiviti kawad kaki. Comel betul!

Video ini mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan photobomb yang dilakukan oleh kucing itu. Di akhir ciapan gadis itu, dia ada berkongsikan kisah kucingnya.

“Her name is Layer and she used to be an ugly skinny stray cat before she came to our house. Dia dah nak masuk 10 tahun and dah tua pls doakan umur dia panjang. Tea srs takleh hidup without Layer”

Meskipun video photobomb ini dimuat naik dengan tujuan suka-suka, Izati ada menerima beberapa komen negatif daripada netizen yang mengecamnya kerana tidak mahir melakukan kawad kaki.

Terkilan dengan sikap beberapa pihak yang kurang senang dengan dirinya, pelajar UiTM Puncak Alam ini sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar sentiasa kekal positif dan berbuat baik kepada orang lain.

“Saya takde lah marah tapi benda macamni sentiasa boleh belajar kan untuk timba ilmu baharu tak perlu merendah rendah kan orang lain”

“Nasihat saya, instead or belittling other people why would you guys try to put yourself in their shoes, all of us are struggling so be kind”

Semoga Izati teruskan berlatih kawad kaki sehingga mahir dan buat kucing tersebut, tolong jangan kacau tuan anda lagi selepas ini!

 

BACA: [Video] Comel! Gelagat Kucing Oyen Nama Tommy Berebut Pacifier Buat Ramai Geram

Capture 18

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.