in

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Anak ‘Menggelupur’ Bila Ibu Beritahu Polis Kerap Main Lato-lato

Ft Anak Kecut Perut Main Lato Lato

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya tak perlu nak diperjelaskan lagi trend permainan lato-lato ini dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, boleh dikatakan ada dekat mana-mana sahaja. Bagi ibu bapa yang dah ada anak, pastinya ramai yang dah terjebak macam anak kepada Ienda Azlinda ini.

 

“Semalam kemain, aku lah juara lato-lato”


Disebabkan itu, si ibu menyakat anak perempuannya ketika berjumpa dengan polis, dalam video berdurasi 8 saat dan telah meraih 2.8 juta jumlah tontonan dalam masa 22 jam itu memperlihatkan si ibu ini merakam pihak polis dengan mengusik anaknya mengatakan bahawa anaknya itu degil dan suka main lato-lato.

Malah, kelihatan anaknya itu sampai menangis ketakutan sambil berjanji yang dia mahu buang permainan yang tengah viral itu.

https://www.tiktok.com/@iendaazlinda/video/7202849716810304773

Menurut si ibu, pada sehari sebelum kejadian rakaman ini, anaknya itu ada menunjukkan aksinya bermain lato-lato. Fuh! Sampai angkat sebelah kaki tu.

https://www.tiktok.com/@iendaazlinda/video/7202889421077761286

Bagaimanapun, Ienda menjelaskan bahawa, biarpun dia membenarkan anaknya bermain lato-lato, ia masih dalam pemantauannya, anaknya hanya dibenarkan bermain di ruang-ruang tertentu sahaja. Anaknya tidak boleh bermain di ruang tamu untuk elak berhampiran dengan barang-barang mudah pecah.

https://www.tiktok.com/@iendaazlinda/video/7202900071690538246

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur apabila melihat gelagat anak ini. Malah taktik ibunya menakut-nakutkan anak kecil depan polis ini turut menjadi ikutan para ibu yang lain untuk ‘ajar’ anak mereka.

Screenshot 2023 02 23 121140 Screenshot 2023 02 23 120946 Screenshot 2023 02 23 121008 Screenshot 2023 02 23 121118

Bagaimanapun, dalam posting yang lain, anaknya itu dilihat sebenarnya rajin dalam pembelajaran. Hurmm, mungkin dia hanya nak berhibur je kot. Si ibu pun, hahahahahhaa, kesian adik tu.

Baca : “Haramkan benda ni” – Wanita Kecewa Cermin Kereta Pecah Dakwa Gara-Gara Permainan Lato-Lato

Ft Lato Lato Cermin Kereta

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.