Menyeramkan! Itu perasaan seorang wanita yang berjaya merakamkan detik mengerikan apabila satu patung yang terdapat di dalam almari rumah itu bergerak dengan sendirinya.
Menurut Daily Star, wanita yang bernama Holly Armstrong itu, telah merakamkan kejadian seram tersebut ketika dia sedang menjaga anak-anak pemilik rumah berkenaan pada 2 Ogos lalu.
Patung yang didakwa ‘berhantu’ itu dilihat menggerakkan kakinya seakan perbuatan manusia.
Dia sebenarnya telah tinggal di rumah berkenaan untuk menjaga anak keluarga tersebut pada hujung minggu. Namun dia telah merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena di tingkat atas dan cuba untuk pergi melihat. Tetapi selepas melihat insiden itu, dia segera pergi meninggalkan rumah tersebut.
“Saya telah memberitahu kepada keluarga tersebut dan mereka menyatakan bahawa mereka akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. Saya masih lagi terkejut dengan insiden itu.”
@hollyarmstrong20 And for that reason… I’m out✌? #haunted #ghosts #spooky #wtf #foryoupage #fyp #prayforme
Holly telah memuat naik video berkenaan di Tiktok dengan kapsyen “5 saat sebelum saya tinggalkan rumah ini sambil ketakutan.” dan sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 10 juta kali
Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak mempercayai dakwaan tersebut malah ada diantara mereka mengulas bahawa terdapat jari yang menggerakan patung tersebut.
Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan rakaman tersebut. Pun begitu,video berkenaan tular di media sosial dan menyebabkan ramai yang menyuarakan berasa takut selepas menontonnya.