in

“Video mengecam, berbau hasutan” – Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon ‘Gag Order’ Terhadap 5 TikTokers

Syaz Ft 2024 07 26T154459.339

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini di Mahkamah Sesyen berlangsungnya prosiding sebutan ke pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pihak pembelaan memohon kepada mahkamah untuk perintah larangan bersuara (gag order) diberikan kepada lima Tiktokers yang dilihat memuatnaik kandungan bersifat subjudis terhadap ibu bapa kanak-kanak autistik itu, Zaim Ikhwan dan Ismanira.


Artikel berkaitan: Adik Zayn Rayyan Masih Dalam Jagaan JKM, Ibu Bapa Perlu Buat Temu Janji Jika Ingin Berjumpa

Artikel berkaitan: Nama Zayn Rayyan Dipinda Selepas Dapat Pengesahan JPN, Tukar Kepada Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan

2740498

Peguam Fahmi Abd Moin  memaklumkan kepada Hakim Dr Syahliza Warnoh terdapat lima akaun TikTok menggunakan nama CEO Zayn Rayyan, Myraskitchen00, cikpika_pika_ii, BeMalaysian 2.0 dan Malaikat Maut 382 memuat naik kandungan seolah-olah buli siber terhadap anak guamnya.

“Sejak kes ini disiasat dan didakwa, pihak kami memantau pautan video di aplikasi TikTok, banyak video-video dimuatnaik dan siaran langsung dibuat Tiktokers yang bagi kami menyajikan kandungan merosakkan dan bersifat subjudis dan boleh dikatakan buli siber kepada tertuduh, keluarga dan peguam.

Kelima-lima akaun TikTok ini memuat naik video mengecam, berbau hasutan dan komen subjudis kepada anak guam.

Kami mohon akaun ini diberikan gag order, dan sekiranya mereka melanggar perintah ini besar kemungkinan kami akan membuat laporan polis untuk memberhentikan tindakan mereka ini,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Dr Syahliza tidak memberikan sebarang perintah larangan bersuara.

Beliau bagaimanapun mengarahkan pihak pembelaan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan sekiranya terdapat kandungan mengundang komen subjudis yang menghina mahkamah.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.