in

[VIDEO] Mat Bangla Mabuk Ugut Nak Bakar Stesen Minyak Hanya Sebab Berang Ditegur Hisap Rokok

Featured 44
Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Mat Bangla Mabuk Ugut Nak Bakar Stesen Minyak Hanya Sebab Berang Ditegur Hisap Rokok
Loading
/

Dah terang-terang pengguna di stesen minyak dilarang untuk menggunakan telefon bimbit atau pun merokok di kawasan tersebut sebab boleh mengundang kepada bahaya.

Namun masih ada juga yang degil mengabaikan perkara tersebut seperti apa yang berlaku di Chukai, Kemaman Terengganu ni.

Memetik Astro Awani, semalam kira-kira pukul 9.30 malam ada seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang sedang mabuk dipercayai cuba membakar stesen minyak di kawasan Chukai, Kemaman Terengganu.

Katanya warga asing berusia lingkungan 30-an tu bengang sebab ditegur oleh orang ramai waktu dia nak nyalakan rokok di kawasan stesen minyak tersebut.

Disebabkan berang, dia kemudian ambil hos pam minyak dan hayunkan ke orang ramai yang pada waktu itu cuba untuk menangkapnya.

Malah dia siap mengeluarkan pemetik api dan mengugut orang awam di stesen bahawa dia akan membakar stesen minyak itu, sehingga membuatkan ada antara orang awam yang mengambil keputusan melarikan diri.

Bagaimanapun warga asing itu berjaya diberkas orang ramai selepas hampir setengah jam mengamuk.

Difahamkan suspek kemudiannya dibawa  ke ibu pejabat polis daerah Kemaman untuk tindakan lanjut.

Hah! Kan tak pasal-pasal kena pergi balai polis. Nasib baik orang ramai pantas menyelamatkan keadaan, kalau tak mungkin stesen minyak tu boleh meletup sebab tindakan bijak lelaki warga asing tu.

Baca : Tula boleh jadi model Netizen Makan Hati Lihat Mata Lelaki Bangladesh Yang Lawa Ini

1 26