in

[VIDEO] Majikan Malaysia Ni Viral, Siap Masuk TV Filipina Sebab Layan Bibik Pinoy Macam ‘Keluarga’ Sendiri

Ft Tv 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, aspek kesedaran dan keperihatinan majikan terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja masih dalam tahap yang rendah dan sangat mengecewakan.


Namun, lain pula dengan cerita kalini. Dalam perkongsian @cikpuangojes, dia telah memuat naik video di Tiktoknya di mana dia bersama keluarganya sedang videocall orang gajinya dari Filipina.

Apa yang specialnya?

@cikpuangojes

#kmjs PART 4 #PINNAYNANNY #NANNYMARIA

♬ original sound – Cik Puan Gojes – Cik Puan Gojes

Tapi apa yang menarik dengan video ini adalah rakaman video tersebut diambil daripada satu rancangan TV Filipina. Rancangan TV tersebut telah mengeluarkan episod khas yang bertajuk ‘Selamat, Pinay Nanny’ yang menampilkan pekerja tersebut yang bernama Maria dengan keluarga Puan Ismaniza iaitu majikannya.

Kisah mereka telah mendapat perhatian rancangan tersebut kerana hubungan mereka yang begitu akrab seperti keluarga sendiri dan majikannya pernah memberi kejutan dengan membawa suami Maria datang ke Malaysia.

Difahamkan, Maria baru sahaja balik ke Filipina untuk berehat setelah mengalami masalah kesihatan dan sekarang dia sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara tersebut. Majikannya juga mengakui bahawa Maria seorang yang rajin dalam menjalankan kerjanya dalam semua aspek.

“Banyaknya surprise”

Dalam rakaman video tersebut juga menunjukkan Puan Ismaniza telah memberi surprise nak renovasi rumah yang didiami Maria dan keluarganya di Filipina bagi tujuan keselesaan mereka.

Video yang mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok ini telah membuatkan ramai netizen sebak dan mereka juga menyatakan ingin mengambil orang gaji dari negara tersebut. Puan Ismaniza juga ada memuat naik video penuh rancangan TV tersebut di akuan Tiktoknya.

Min tengok pun min hilang kuasa jantan, nak nangis!

Baca: “Aku ingat dah matikan suis”-[VIDEO] Gelabah Nak Keluar Gadis Tak Perasan Terletak Seterika Panas Atas Laptop

Fi Seterika Atas Laptopp E1629972055990

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.