Jurujual tugasnya entertain customer, jawab segala pertanyaan dorang dan bantu sehabis baik bagi berikan servis terbaik buat pelanggan yang akan membeli barang mereka.
Tapi lain pula yang jadi di Harbourfront Centre Atrium, Singapura pada 13 Mac yang lalu selepas dua orang jurujual bukan setakat malas melayan tapi siap kutuk customer dorang dalam bahasa Cina.
Diana Daniel meluahkan rasa tak puas hati di Facebook miliknya kerana dua jurujual ini dah berkelakuan biadap walaupun dia hanya bertanya baik-baik kepada dorang tentang warna yang available untuk produk yang ingin dibelinya.
Kata Diana, sebaik dia tanyakan je soalan tersebut, jurujual wanita berkenaan siap tarik muka dan macam malas nak melayannya. Then, wanita tu bergerak ke arah jurujual yang lain dan mula kutuk Diana dalam bahasa Cina. Walau bagaimanapun, jurujual tu tak tahu yang Diana ni sebenarnya faham bahasa Cina.
Diana pun benganglah dan decide nak bersemuka dengan jurujual tersebut serta nak tanya kenapa dorang cakap buruk tentangnya padahal dia tanya pasal produk yang dijual tu je pun. Tanya baik-baik pulak tu. Tapi, jurujual tersebut buat tak tau je.
Berang, Diana suruh jurujual tu berhenti je kerja kalau malas nak bekerja sebelum jurujual yang lain datang dan suruh kawannya supaya tak hiraukan Diana lagi dalam bahasa Cina.
Macamlah aku tak paham bahasa Cina!”
Diana kemudian naik angin dan ambil keputusan untuk tanya mana manager dan nama dorang tetapi kedua-dua jurujual berkenaan hanya cakap tak tahu. Oleh kerana setiap kali tanya, dorang just cakap tak tahu, dia terus decide untuk rakam kedua-dua jurujual tersebut.
Sementara itu, Diana yang juga bengang sebab harinya dah dispoilkan oleh dua orang jurujual yang biadap dengannya telah meminta pihak pengurusan tempat tempat tersebut ambil tindakan ke atas kedua-dua wanita itu.
Mau tak bengang dapat jurujual camni…
Baca: Hanya Kerana Lambat Datang, Lima Lelaki Pukul Penjual Aiskrim Dengan Topi Keledar Dan Loceng Besi