in

[VIDEO] Macam Minum Air, Lelaki Arab Teguk Susu Pekat Buat Ramai Risau

Arab Teguk Susu Pekat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susu pekat antara barang dapur yang wajib ada di rumah dan biasanya digunakan untuk membuat minuman dan hidangan manisan seperti kek atau kuih.

Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki Arab ini membuatkan ramai terkejut apabila dia dilihat meneguk susu pekat dalam tin begitu sahaja.


Menerusi perkongsiannya di TikTok, Abu Ratib yang fasih berbahasa Melayu mendakwa masyarakat Arab gemar minum susu pekat tanpa mencampurkannya dengan air atau makanan.

Artikel berkaitan: Terlalu Banyak Letak Susu, Netizen Seram Tengok Teh Tarik Melimpah

@aburatib.my

#fyp #foryou #viral #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #gila #susupekat

♬ original sound – ABU RATIB – ABU RATIB

Katanya, orang ramai tidak perlu rasa pelik kerana ia adalah kebiasaan bagi masyarakat di sana.

“Jangan rasa pelik nampak orang Arab makan susu pekat, sebab apa susu pekat ni di negara Arab memang kami makan macam ini.

“Bukan kami minum dengan teh o atau makanan apa, tak, cuma kalau kami buat salad buah, kami letak sikit tapi memang kami kebanyakan makan macam ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Balik Sekolah Je Teguk Air Gas, Remaja Umur 21 Tahun ‘Hilang’ Kaki Akibat Kencing Manis

Ujarnya lagi, harga susu pekat di negara mereka jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

“Memang mahal bukan macam dekat sini, murah. RM2 ke RM3, dekat Arab yang besar harga RM70 ke RM80, memang mahal sangat.

“Kami selalu beli yang tin kecil harga dalam RM20,” katanya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya hairan dengan tindakannya yang minum dan boleh menelan susu pekat itu tanpa mencampurkannya dengan bahan yang lain.

Ramai yang turut risau jika dia kerap minum sebegitu, boleh mendapat penyakit kencing manis atau diabetes.

Malah, ada yang mendakwa kandungan susu pekat negara Arab berkemungkinan berbeza dengan susu pekat di Malaysia.

Warna berbeza, tapi rasa sama

Menjawab persoalan netizen, dia menyatakan walaupun warna susu pekat di negara Arab berbeza dengan Malaysia, tetapi manisnya masih sama.

“Ramai yang kata ni bukan susu tapi gula dan campuran kelapa sawit. Yang saya nampak bezanya sana (Arab) warna putih dan sini kuning sedikit tapi rasanya memang sama.

“Terima kasih yang menasihati saya walaupun saya sudah lama minum seperti ini,” katanya dalam video berasingan.

@aburatib.my

terima kasih Dr.atas menasihati sya🥰 #susupekat #fypシ゚viral #foryoupage #foryoupage #fypシ #foryou #fyp #malaysia #foryoupage #following #follower

♬ original sound – ABU RATIB – ABU RATIB

Tambahnya, masyarakat Arab sudah biasa makan manis dengan cara begitu kerana kebanyakan makanan harian mereka lebih kepada masin dan masam.

Oh, begitu rupanya…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.