in

[VIDEO] Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Tengok Bilik Tidur Anak Perempuan Che Ta

Ft Bilik Anak Che Ta

Anak perempuan selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang dikenali sebagai Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan warganet meskipun dia masih lagi seorang kanak-kanak.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan keluasan bilik tidur milik Aaisyah yang telah menjadi perhatian warganet oleh kerana kemewahannya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dekorasi bilik tersebut dilengkapi dengan hiasan di dinding yang membuatkan ia seakan-akan bilik hotel.

@nurkhalaf

Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!

♬ original sound – Nur Khalaf – Nur Khalaf

Selain itu, perabot yang dilihat di dalam bilik Aaisyah itu juga dilihat tersusun rapi dan mewah seolah-olah perabot yang digunakan di sebuah istana.

Bukan itu sahaja, bilik air yang tersedia di dalam bilik Aaisyah juga telah menarik perhatian netizen kerana ia dilihat begitu luas serta disediakan dengan tab mandi dan kerusi seperti di spa mewah.

Malahan, dinding di dalam tandas berkenaan juga diperbuat daripada batu marble yang berkilat macam hiasan hotel 5 bintang.

Screenshot 2023 05 14 At 4.39.17 Pm

“Rumah aku separuh bilik dia je nyah!” – Netizen

Melalui video yang meraih 2.8 juta jumlah tontonan dan mendapat lebih 180,000 tanda suka dalam masa tiga hari itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat keluasan serta dekorasi di dalam bilik anak perempuan selebriti terkenal itu.

Ada juga netizen yang berkata, mereka sanggup untuk tidak keluar dari rumah mereka selama setahun jika keadaan bilik mereka sama seperti bilik Aaisyah.

Screenshot 18 2

Wahhhh bilik dia cantiknya!

Baca : “Kami tak pernah minum jus beruk ni!” – Che Ta Mengamuk Gambarnya Diguna Untuk Iklan Palsu

Iklan Palsu Che Ta 728X383 1