Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki yang dilihat berpakaian kostum seperti kartun Teenage Mutant Ninja Turtle semasa menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @encik_dobi itu, dapat dilihat dia telah berjaya menguatkan dirinya untuk hadir dan bergambar bersama bekas kekasihnya.
https://www.tiktok.com/@encik_dobi/video/7206946157799509274
Kelihatan lelaki tersebut menunjukkan reaksi sedih dengan mengesat air mata ketika bergambar sebagai kenangan bersama pengantin perempuan.
Dari video tersebut, difahamkan bahawa hubungan mereka telah berlanjutan selama tujuh tahun sebelum mereka masing-masing membawa haluan sendiri.
“Tujuh tahun bukan waktu yang singkat, tapi inilah takdirnya. Putus tanpa sebab dan ini penghujung kisah kita. Penyamaran berjaya sampai habis majlis,” tulisnya di video berkenaan.
Walaubagaimanapun apa yang membuat netizen berasa sebak adalah apabila lelaki tersebut dilihat memeluk bapa pengantin perempuan sebelum dia beransur pulang.
“Sebak dengan orang tuannya. Paling tak kuat masa ni. Kita dah macam famili sendiri selama ni.”
“Maaf datang dengan cara macam ni. Terimalah hadiah perkahwinan yang tak seberapa ni,” tulisnya.
“Muka ayah mertua masih nampak sebak…” – Netizen
Pada waktu artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 800K jumlah tontonan serta meraih hampir 52K jumlah likes di TikTok.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen yang dikongsi oleh lelaki berkenaan.
Sedihnyaaaa! Tapi apa pun abang ni memang power sanggup datang majlis ex dia sendiri..
Baca : [VIDEO] Terima ‘Si Bulus’ Sebagai Hadiah, Sekarang Gadis Susah ‘Move On’ Dari ‘Ex-BF’