in

[VIDEO] Lelaki Bertelekung Kantoi Curi Barang Jemaah Wanita Dalam Masjid di Shah Alam

Ft Lelaki Bertelekung Curi Phone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kini, kadar kes kecurian dalam negara yang merupakan antara kes jenayah yang paling membimbangkan dalam kalangan masyarakat semakin meningkat ke tahap yang merisaukan.


Dengan keadaan ekonomi yang belum stabil, peluang ini pasti akan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa juga cara sekalipun untuk mencari duit.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, seorang lelaki sanggup menyamar dengan memakai telekung demi tujuan mencuri di sebuah masjid yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam.

Sanggup pakai telekung…

Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut, dapat dilihat lelaki tersebut yang memakai telekung sedang berada di belakang bahagian tempat solat wanita sebelum bertindak mencuri barangan berharga milik jemaah terbabit.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki tersebut dengan selamba menggeledah beg milik jemaah-jemaah wanita yang sedang sujud solat Subuh dan berhenti seketika untuk mengelak daripada terkantoi semasa jemaah sedang duduk di antara dua sujud.

Menurut pemilik akaun Twitter itu yang dikenali sebagai Azfar, tujuan dia membuat posting berkenaan adalah supaya orang ramai di sekitar kawasan Seksyen 18, Shah Alam, dapat mengenal pasti suspek untuk memulangkan semula barang milik ibunya itu.

Azfar memberitahu, lelaki tersebut telah mencuri sebuah telefon bimbit jenis Iphone X milik ibunya dan dia turut memaklumkan bahawa dia akan memberikan ganjaran kepada mereka yang berjaya membantunya.

Suspek sudah ditangkap

Screenshot 2022 12 23 133555

Terbaharu, Azfar telah mengesahkan bahawa suspek telah ditangkap hasil kerjasama dan bantuan daripada warga Shah Alam.

Dia turut memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dalam masjid pun dia ni berani buat job….

Baca : Hannah Yeoh ‘Top-up’ Lagi RM 29K Bantu Masjid Beli Van Jenazah

Ft Hannah Yeoh Bantu Topup Beli Van Jenazah 758X399 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.