Semenjak-dua menjak ini, banyak betul berita tentang pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kan? Walaupun kenduri secara terbuka dan besar-besaran masih lagi belum dibenarkan, ramai je pasangan yang buat keputusan untuk berkahwin pada musim Covid-19 ini.
Mungkin kos kahwin pada waktu ini murah kut… ya lah tak payah buat kenduri jemputan sampai ribu-ribu tetamu, buat simple-simple je pun dah okay..
Pada masa kini dah senang dah nak sampaikan apa-apa berita atau maklumat. Segalanya di hujung jari anda! Buat je live dekat Instagram masa nikah, mesti ada yang tengok. Zaman sekarang ni dah tak perlu dah nak terasa kalau tak dijemput ke kenduri kahwin. Covid kan…faham-faham je lah.
Rupa-rupanya, bukan setakat golongan muda remaja je yang melangsungkan perkahwinan musim-musim ini, ‘atuk’ golongan veteran pun sempat juga join the trend!
https://www.tiktok.com/@biruni_/video/7025607362945813787?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8MWS2XfKWad6Rr%2Bn4va4fY1Xztbl9lMqx%2BQMCaha26qYinciR%2FwTNoqchMMhO%2BFnyNa%2F7ZuzJTq6ogEsBGgA%3D&checksum=ff426590963373e8bbf2b09a777d7731b665ef8e47adbd06588fb868da7173c6&language=en&mid=6868289817303010049&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7025607362945813787&share_link_id=E146219E-BB76-4D8B-AEAE-B543EE2528F0&source=h5_t×tamp=1635868258&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Tular video yang dikongsikan oleh seorang cucu yang mendapat nenek tiri baru-baru ini di laman TikTok. Video berdurasi selama 32 saat yang dikongsikan oleh pemuda bernama Biruni ini telah pun berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 607.6 ribu tontonan dan 81.2 ribu like dalam masa sehari!
Bukan sahaja video tersebut yang menjadi perhatian, tapi komen-komen daripada para netizen juga sama-sama naik. Lebih 2 ribu komen yang diterima pemuda ini dalam satu hari sahaja!
“Rupanya atok-atok kat Malaysia ni power-power ada yang sampai tiga nenek tiri! Bapak padu gila!”- Biruni
Ramai netizen yang berkongsikan pengalaman mereka di ruangan komen mengatakan yang atuk mereka pun baru kahwin juga! Selain itu, ada juga yang beritahu atuk mereka kahwin banyak. Betul perform lah atuk kat Malaysia ni…
Dalam celah-celah komen daripada netizen tu, ada juga terselit komen daripada anak kepada nenek tiri pemuda ini!
Tiber TikTok jadi tempat jejak kasih, sesi suai kenal dengan keluarga baru ya. Orang kata kalau dah jodoh tu tak ke mana…itu yang tak kira usia tu. Ada rezeki kahwin je ler..Apapun tahniah atok!
Baca: “Dah macam kena prank!” – Kepala Tersangkut Pada Beg, Atuk ‘Gelabah’ Cuba Keluarkan Cucu