in

[VIDEO] Kejam! Polis Terpaksa Pecah Masuk Rumah, Selamatkan Amah Dirantai Majikan Dalam Tandas

Amah Kena Rantai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kita dengar mengenai masalah yang dihadapi sesetengah keluarga yang menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing apabila berlakunya kecurian ataupun amah lari dari rumah secara tiba-tiba.


Namun melakukan kekejaman terhadap amah-amah ini bukanlah satu solusi yang baik seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang pembantu rumah dipercayai telah dirantai majikannya di dalam sebuah bilik air.

Polis terpaksa pecah rumah, selamatkan amah dalam keadaan lesu 

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah pangsa di Taman Tenaga, Kajang, video yang tular di Twitter memaparkan pihak polis sedang cuba mengeluarkan rantai yang diikat pada amah terbabit di dalam tandas.

Setelah rantai itu berjaya dikeluarkan, amah berkenaan yang kelihatan lesu diminta untuk berehat sambil pihak polis menjalankan siasatan di rumah berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia pada mulanya ke kedai runcit di kawasan perumahan itu kira-kira jam 9 malam pada Ahad lepas.

Pekerja kedai runcit kemudian memaklumkan terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu. Kami kemudian ke lokasi bunyi jeritan yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan.

“Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan. Polis datang dan kemudian memecahkan pintu rumah sebelum seorang wanita ditemukan dalam keadaan dirantai dan lesu dalam bilik air,” katanya.

Amah 1

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan bahawa wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah itu telah dirantai oleh sepasang suami isteri warga tempatan di rumah itu.

Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas,” katanya.

Video yang viral itu telah mendapat pelbagai reaksi negatif netizen yang menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.

Baca: “Baru ambik pukul 10 tadi” – Pembantu Rumah Sharifah Zarina Larikan Diri Sampai Panjat Tembok

Sh Zarina

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.