in

[Video] Isteri Pelik Suami Selalu Buka Kotak Dekat Rak Kasut, Bila Dibuka Rupa-rupanya…

Ft Kasut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.


Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicerobohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah.

 

Simpan harta dalam kotak kasut!

Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.

Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…

 

 

Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.

Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Baca : Gerald Foos : Kaki Skodeng Yang Sanggup Beli Motel Sebab Nak Intip Penginap Dari Lubang Rahsia Selama 29 Tahun

Capture 5 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.