in

Gerald Foos : ‘Kaki Skodeng’ Yang Sanggup Beli Motel Sebab Nak Intip Penginap Dari Lubang Rahsia Selama 29 Tahun

Motel2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jadi gerun nak check in hotel bila baca ni, tapi perkara ni berlaku zaman 60 an hingga 90 an, harap sekarang ni tak ada apa-apa lah.


Bukannya apa, biasanya kaki-kaki ‘skodeng’ ni akan banyak aim tempat-tempat macam hotel budget, motel ataupun rumah tumpangan.

Kisah pada tahun 1966 hingga 1995  ini mengenai seorang lelaki yang bernama Gerald Foos mempunyai keinginan untuk mengintip ‘hal dalam kain’ orang sehingga sanggup membeli sebuah motel.

 

Perhatikan orang secara live

20160423 Aurora Motel Spy Listingp1

Tempat penginapan Manor House Motel yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat ini sebenarnya Gerald punya ‘makmal penyelidikan’ untuk tahu kegiatan orang-orang yang menginap di motel.

Berbeza dengan zaman sekarang yang ada perlatan canggih macam kamera litar tertutup, Gerald Foos akan iintip dan perhatikan kegiatan penghuni motelnya secara live. 

Macam mana dia buat? Dia akan membuat satu Pengudaraan Aircond di ruangan loteng di atas bilik, tapi itu sebenarnya adalah palsu, hanya sekadar lubang biasa untuk dia intip.

Pelanggan akan fikir itu hanya sekadar ventilation tapi sebenarnya mereka tak perasan segala hal-hal peribadi pasangan lakukan sebenarnya ada mata perhatikan melalui ventilation itu.

Siap sanggup test, suruh wife baring atas katil salah satu bilik dan minta isterinya tengok kalau nampak mata dia dari bilik tu.

 

Tujuan skodeng

Download 3

Menurut sumber, Kemungkinan besar si Gerald Foos ni menghidap voyeurism disorder, satu ‘penyakit’ dimana perlu intip orang lain untuk memenuhi hasrat seksualnya.

Jadi, dia membuat tindakan dengan mengintip itu dikatakan adalah untuk memuaskan nafsunya dengan isteri kerana diruangan loteng itu hanya dia, isterinya dan seorang lagi rakan niaga yang ada akses.

Bayangkan melakukan aktiviti ini bukan sekali dua, tapi dah beribu kali sebab modus operandi yang dibuat ini selama 29 tahun dan tak pernah kantoi!

Semasa dia perhatikan secara live, dia akan catat segala kegiatan yang dilakukan penginap dalam satu journal sampaikan  dah jadi buku dan dokumentari.

 

Aktiviti mula terbongkar apabila…

Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Gerald merasakan kononnya hasil intipan yang dia dah tulis itu sangat menarik bila diabadikan menjadi cerita.

Anggapannya lagi, pengalaman yang baginya menyeronokkan itu boleh bagi sumbangan dalam hasil sastera dan ilmu pengetahuan pembaca.

Jadi, dia pun kirim surat kepada seorang penulis terkenal di Amerika Syarikat, Gay Talese. Dia begitu tertarik untuk menulis satu buku tentang kehidupan seks di Amerika Syarika berdasarkan pemerhatian Gerald.

Persetujuan itu diterima dengan harapan karyanya boleh jadi best seller, seperti karya Gay Telese sebelumnya, “Thy Neighbor’s Wife”.

Pendek kata dia sendiri yang ‘gali kubur sendiri.’ Konon aktiviti yang dia lakukan itu hanyalah kajian.

Berbalik kepada journal yang dia buat tu, ada macam-macma kisah yang dia terima, ada pegaduhan, hubungan intim, termasuklah satu kisah ini yang dinamakan “Pembunuhan bilik no 10.”

 

Pembunuhan bilik no 10

Manor House

Katanya, insiden ini yang menghantui dirinya, ada satu malam ni satu pasangan check in di motelnya. Si teman lelaki itu merupakan seorang pengedar dadah, ia disimpan dalam bilik mereka tu, iaitu bilik nombor 10.

Menerusi sumber, Gerald ini seorang yang benci dengan dadah. Jadi sudah semestinya dia tak suka kalau ada dadah di bilik motel miliknya itu.

Jadi, dia buat keputusan untuk buang semua dadah tu ke dalam mangkuk tandas ketika pasangan itu keluar.

Semasa pasangan tersebut balik, mereka menyedari segala dadah yang mereka simpan itu hilang. Jadi berlakulah pertelingkahan sehingga menyebabkan keganasan fizikal.

Lelaki tersebut cekik teman wanitanya sampai tak sedarkan diri sebelum cabut lari. Pada waktu itu, Gerald hanya memerhati dari ‘lubang rahsia’ itu.

Dalam fikirannya dia anggap, wanita itu masih lagi hidup, tetapi rupa-rupanya dah mati. Ia mula disedari lepas esok pagi pembersih motel itu lihat wanita tersebut mati tidak sedarkan diri.

Pihak polis sampai dan ambil mayat mereka, dari insiden ini Gerald dah mula takut jikalau polis dapat tahu modus operandinya sebelum ini.

 

Gay Talese The Voyeur’s Motel

Https Blogs Images.forbes.com Susannahbreslin Files 2016 06 Voyeurs Motel

Buku ini diterbitkan pada tahun 2016, dalam buku inilah segala journal Gerald diceritakan daripada hasil penulisan Gay Talese sendiri.

Dalam buku ini, kisah “Pembunuhan Bilik No. 10” disematkan sekali. Disangkakan satu kejayaan, ia sebenarnya satu kegagalan. Ia mula diketahui apabila Gerald dikatakan banyak menipu maklumat yang dia berikan kepada Gay Talese.

Sekitar tahun 2013, Gay Talese pergi ke Denver, Colorado untuk mendapatkan maklumat tentang pembunuhan yang terjadi di Manor House Motel, milik Gerald.

Tetapi, dia tak pernah dapat sebarang laporan pembunuhan yang pernah terjadi dekat motel tu pun. Disebabkan Gay Talese jadi curiga, dia bersemuka dengan Gerald.

Gerald ceritakan bahawa dia dah jual motel tu dekat satu keluarga Korea pada tahun 1997 dan sudah tidak memilikinya lagi. Masa dia jual, dia kata segala lubang yang dia nak intip itu ditutup supaya kegiatannya tidak terbongkar.

Namun begitu, apa yang diceritakan ini bercanggah satu laporan akhbar, dalam laporan itu ada dedahkan bahawa Gerald tidak memiliki motel tersebut sejak tahun 80-an lagi!.

Tapi macam mana dia boleh kata dia masih boleh intip sampai tahun 1990-an tapi dah let go tahun 1980-an?

Disebabkan hal ini Gay Talese dikecam dan mempertikaikan kredibilitanya dalam dunia kewartawanan. Gay Talese bertekad untuk mencari pemilik baru motel itu dan menemui jawapannya.

Kata pemilik baru itu, memang Gerald ada jual tetapi pemilik baru motel itu membiarkan Gerald terus jaga motel itu sehinga lewat 80-an.

 

Aktiviti terbongkar, dulu dia perhatikan orang, sekarang orang perhatikan dia

Setelah aktiviti mereka terbongkar, (daripada buku tu) mereka suami isteri banyak terima ugutan bunuh, sampai terpaksa buat laporan polis.

Mereka dikecam teruk kerana melakukan kegiatan terkutuk dan menyembunyikannya selama berpuluh-puluh tahun termasuk rahsiakan kes pembunuhan yang terjadi di motel mereka.

Cerita ini ada didedahkan di dalam satu dokumentari di Netflix, pihak produksi ada bersemuka dengan Gerald sendiri.

Kata Gerald, dia menyesal dedahkan semua ini kepada orang ramai sebab situasi ini yang membuatkan dia berasa takut, dia rasa tak selesa dan tidak selamat.

Dalam masa yang sama dia rasa lega kerana apa yang dirahsiakan ini akhirnya didedahkan. Kisah ini ada dikongsiakn menerusi satu channel ni.

Baca : “Lemak badan tinggal kosong peratus” – Remaja 12 Tahun Dirantai, Didera & Mati Kebuluran Dalam Motel

Motel

 

 

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.